Memaparkan catatan dengan label gentar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gentar. Papar semua catatan

Jumaat, April 26, 2013

YUSOF TAK GENTAR TANDING DI KUBU KUAT PAS

Calon muka baru Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir Yusof Awang Hitam sememangnya sudah lama dijangka bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) . Beliau yang memilki sifat mudah mesra, pemurah, suka membantu dan tidak pilih bulu dalam menghulurkan sumbangan mahupun bantuan sememangnya dianggap calon pilihan penduduk setempat. Yusof Awang berkata, pemilihannya sebagai calon kawasan berkenaan merupakan kepercayaan dan harapan yang diberikan pucuk pimpinan kepadanya dalam misi merampas DUN Manir. “Harapan ini pastinya digalas sebaik mungkin dan saya tidak akan mensia-siakannya kerana mengetahui rakyat sudah jemu dengan karenah pembangkang. “Pengalaman menjadi Pegawai Pegawai Pembagunan DUN selama ini dilihat menjadi satu kelebihan untuk memikat hati rakyat supaya berubah dan bersama BN,” katanya Beliau yakin penggunaan slogan `Manir Berubah Jika Manir Menang’ mampu menambat hati rakyat untuk merampas kembali Manir yang hampir 26 tahun diwakili pembangkang “Walaupun Manir dikatakan sebagai antara kubu kuat pembangkang di Terengganu, namun tidak menjadi penghalang buat saya untuk berjuang habis-habisan. “Merampas kembali DUN Manir daripada tangan pembangkang bukan perkara mustahil ,” katanya Pada PRU12 lalu, menyaksikan calon Pas , Dato’ Harun Taid berjaya mempertahankan kerusi DUN Manir dengan majoriti 432 undi mengalahkan calon BN, Wan Sagar Wan Embong, manakala PRU11 pada 2008, sebanyak 301 majoriti undi. Berdasarkan rekod, kerusi DUN Manir mula ditakluki pembangkang (Pas) sejak PRU8 pada 1990 lalu dan sehingga kini, ia masih menjadi kubu kuat Pas.

Rabu, April 06, 2011

TAIB TAK GENTAR LAWAN SALLEH


Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau tidak gentar dan sedia berdepan bekas Timbalan Menteri Pelajaran di peringkat persekutuan Datuk Salleh Jafaruddin di kawasan DUN Balingian dalam pilihan raya negeri 16 April ini.

Beliau berkata, memandangkan Sarawak sebuah negeri yang mengamalkan demokrasi, sesiapa sahaja termasuk Salleh, yang mempunyai pertalian dua pupu dengannya, berhak untuk bertanding dalam pilihan raya.

"Negara ini besar, dan rakyat tahu terdapat banyak jenis calon. Rakyat tahu dan boleh menilai sendiri jenis perwatakan beliau,” kata Taib kepada media ketika ditanya mengenai pengumuman Salleh untuk bertanding menentang beliau.

Taib ditemui selepas merasmikan Kem Bina Negara Sampadi di sini. - Bernama

Rabu, Ogos 05, 2009

MUHYIDDIN TIDAK GENTAR DISAMAN


Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, beliau tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataan yang dibuatnya terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Batu Pahat, Johor, Ahad lalu.


Timbalan Perdana Menteri turut mengakui kenyataan tersebut datang dari mulutnya sendiri dan bukan satu pembohongan.


"Saya nak beritahu, saya tak kan minta maaf. Memang itu kenyataan yang saya buat, saya bukan bohong," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik H1N1 di Putrajaya semalam.


Beliau diminta mengulas tuntutan Anwar yang mahu dirinya menarik balik kenyataan yang dibuat semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading, Ahad lalu.


Berikutan kenyataan tersebut, Anwar menerusi peguamnya menghantar surat tuntutan ganti rugi sebanyak RM100 juta kepada Muhyiddin dan Utusan Malaysia.


Selain Utusan Malaysia, kenyataan Muhyiddin itu turut disiarkan oleh New Sunday Times dan Berita Harian.


Muhyiddin memberitahu, beliau sudah menerima surat tuntutan tersebut dan telah menyerahkannya kepada peguam untuk tindakan lanjut.


Mengenai gesaan supaya kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menahan dalang demonstrasi haram di ibu negara Sabtu lalu, beliau menjelaskan, perkara itu diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis.


Timbalan Perdana Menteri menambah, beliau tidak mahu sebarang tindakan termasuk penggunaan ISA dijadikan perangkap oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab bagi memburuk-burukkan kerajaan.


Menurutnya, kerajaan juga tidak pernah tidak mengendahkan suara rakyat supaya ISA dikaji semula bahkan telah pun memulakannya.


"Sebarang kajian akan mengambil masa kerana kita perlu mendengar pandangan pelbagai pihak dan saya harap semua pihak bersabar," jelasnya.