Memaparkan catatan dengan label cakap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cakap. Papar semua catatan

Selasa, Mei 17, 2016

SPRM CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN?

KUALA KANGSAR, 16 Mei (Bernama) -- Setiap calon yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya perlu ditapis sebaik sahaja nama mereka diserahkan parti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali berkata ia adalah proses biasa dalam tapisan calon seperti yang dilaksanakan SPRM secara berterusan pada masa ini.

"Memang biasa dalam soal tapisan calon yang dibuat melibatkan semua parti kerana kita tidak kira siapa. Terpulang kepada pihak berkenaan (parti) untuk menyalurkan maklumat kerana tapisan itu perkara biasa dilakukan pihak kami," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai proses tapisan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar berikutan kematian anggota parlimennya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Ulasan saya, SPRM cakap tidak serupa bikin. Seorang calon BN di Terengganu terang terang ada kes rasuah tetapi dapat juga bertanding dalam PRU 13. Jadi di mana benarnya kenyataan SPRM ini. Oleh itu bagi saya tak perlulah SPRM mengaburi mata rakyat. Kalau ada bertimbun kes rasuah pun kalau pucuk pimpinan masih mahu pemimpin itu jadi calon tak perlulah SPRM mendabik dada. Parti dah buat pilihan tetapi rakyat masih mengundi pemimpin yang rasuah. Jadi siapakah yang salah? Rakyat atau parti atau SPRM yang tidak bertegas dengan tapisannya? Oleh itu tak perlulah SPRM cakap banyak kerana integriti SPRM sudah tidak dipercayai rakyat lagi.

Rabu, Januari 13, 2016

DAP CAKAP TAK SERUPA BIKIN



Kumpulan pendesak Melayu Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) menyambut sinis penegasan terbaru DAP bahawa mereka bukan parti anti-Melayu atau anti-Islam.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, kenyataan itu berjaya membuatkan beliau “terkejut” dan tidak boleh tidur malam.

“Kenyataan itu bukan baharu. DAP juga mengulanginya semasa persidangan Pakatan Harapan.

“Mereka juga berjanji mempertahankan Islam, Bahasa Malaysia, kedaulatan raja-raja Melayu dan keistimewaan Melayu.

"Kenyataan mereka itu menyebabkan saya terkejut, saya tak boleh tidur 50 jam," katanya pada sidang media di ibu pejabat PERKASA semalam.

Ibrahim sebaliknya mendakwa parti itu sering kali dilihat mempertikai perkara berkaitan orang Melayu dan agama Islam.

Beliau berkata, dalam aspek ekonomi, DAP mempersoalkan berhubung dasar ekonomi baru untuk menyusun semula masyarakat Melayu.

Ibrahim turut membangkitkan komposisi kaum dalam barisan kepimpinan parti itu.

"Mereka menyatakan bukan parti perkauman, (tetapi) semua jawatan penting dalam DAP adalah Cina," katanya.

Ulasan saya, penegasan DAP bahawa mereka tidak anti Melayu, tidak anti Islam tidak cukup selagi mereka tidak menggugurkan konsep Malaysian Malaysia bahawa semua rakyat Malaysia sama rata.

DAP melaungkan semangat Malaysian Malaysia yang menyebabkan orang Melayu takut masa depan mereka tidak terjamin jika Pakatan Harapan memerintah.

Janji DAP sewaktu pelancaran Pakatan Harapan tidak cukup kerana DAP cakap tidak serupa bikin. Apa Lim Guan Eng buat untuk orang Melayu di Pulau Pinang sehingga ADUN PKR menangis dalam Dewan Undangan Negeri. Apa DAP buat di Pulau Pinang sehingga azan masjid pun tidak boleh menggunakan pembesar suara di kawasan Cina.

Jika DAP perbetulkan dua perkara ini baru orang Melayu percaya DAP bukan anti Melayu dan bukan anti Islam. Oleh itu seperti kata Ibrahim Ali orang Melayu jangan mudah percaya dengan janji manis DAP.

Selasa, Julai 09, 2013

JANGAN CAKAP BESAR, IDRIS

Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh cakap besar bila berkata BN akan menang dengan majoriti 4,000 undi dalam pilihanraya kecil Kuala Besut kerana beliau adalah Menteri Pelajaran II. Oleh itu saya rasa lebih baik letak Idris sebagai calon jika BN mahu menang dengan majoriti 4,000 undi. Beliau yang juga Timbalan Pengarah Pilihanraya BN mampu mengalahkan calon PAS dengan majoriti 4,000 undi. Saya harap Idris jangan cakap besar. Dia kena kerja kuat untuk pastikan BN menang dengan majoriti 4,000 undi. Jika BN menang besar peluangnya untuk jadi Naib Presiden UMNO memang cerah. Beliau wajar diketengahkan sebagai pemimpin utama negara kerana beliau adalah seorang yang bijak. Terengganu sudah lama tiada Naib Presiden UMNO setelah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad kalah pada tahun 1990. Beliau pernah menjadi Naib Presiden UMNO selama dua penggal dai tahun 1984 hingga 1990. Sudah 23 tahun Terengganu tiada Naib Presiden UMNO, maka jika BN menang besar, maka Idris mampu mengalahkan Datuk Seri Shafie Afdal.

Rabu, Mac 27, 2013

KHALID CAKAP BANYAK

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor pada 22 April ini jika Parlimen masih belum dibubarkan sebelum tarikh itu. Keputusan itu diambil berikutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat masih teragak-agak untuk membubarkan Parlimen. Ramai meramalkan Parlimen akan dibubar minggu lalu. Mesyuarat Kabinet minggu ini akan berlangsung esok. Mandat semasa kerajaan pusat akan berakhir 28 April tetapi tarikh akhir pembubaran automatik adalah pada 30 April. Abdul Khalid mendakwa memandangkan pembubaran Dun Negeri Sembilan tidak berlaku, pimpinan PR tidak akan berdolak dalik dari segi masa dan ketentuan itu. "Jika kerajaan persekutuan tidak mengisytiharkan Parlimen dibubarkan sebelum atau pada 22 April, maknanya Dewan Negeri Selangor akan dibubarkan pada tarikh tersebut," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini. Ketika ditanya mengapa tidak membuat pembubaran lebih awal, Abdul Khalid menjelaskan, beliau tidak mahu rakyat Selangor dan khasnya rakyat Malaysia keliru dengan kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan isu pilihan raya secara berasingan. "Selepas ini tidak akan timbul lagi persoalan mengenai masa dan tarikh pembubaran Dewan Negeri Selangor," katanya. Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, Kerajaan Negeri Selangor juga akan memanjangkan cadangan ini kepada negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah. Langkah itu katanya, bagi memberi tekanan agar Parlimen segera dibubarkan. Ulasan saya, Khalid tak payah cakap banyak. Kalau berani bubar DUN Selangor sekarang tak perlu tunggu 22 April kerana itu dah automatik bubar. Bodoh punya MB. Itu pun tak tahu. Hari ini DUN Negeri Sembilan automatik bubar. Jadi apa salahnya Selangor bubar hari ini juga. Kata dah lama Sultan Selangor perkenan bubar DUN tapi kenapa Khalid tak berani bubar.

Rabu, Oktober 27, 2010

DATIN LINDA TAK TAHU CAKAP DALAM BAHASA MELAYU?


Pengarah pilihanraya kecil parlimen Batu Sapi BN, Datuk Seri Musa Aman menafikan calon BN tidak pandai bercakap bahasa Melayu.

Katanya, kebetulan Datin Linda Tsen ditemuramah dalam Bahasa Inggeris, maka beliau jawab dalam Bahasa Inggeris kepada wartawan.

"Oleh itu tidak benar bahawa beliau tidak tahu bercakap bahasa Melayu," katanya mengulas rungutan para pengundi bahawa mereka lebih menyenangi calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee yang fasih bercakap dalam bahasa Melayu.

Musa yang juga Ketua Menteri Sabah berharap isu ini tidak menjejaskan undi para penyokong BN kerana sudah tentu PBS memilih calon yang dapat bercakap dalam banyak bahasa.

"Apatah lagi majoriti pengundi Batu sapi adalah orang Melayu, maka Dartin Tsen akan banyak berkomunikasi dengan mereka dalam bahasa Melayu," katanya lagi.

Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, parti pembangkang Sabah Parti Maju Sabah (SAPP) dan PKR.

Calon BN, Datin Linda Tsen Thau Lin daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) akan berdepan dengan Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee, yang juga bekas ketua menteri Sabah dan PKR diwakili peguam terkenal, Ansari Abdullah, yang juga Ketua PKR Tuaran.


Kerusi Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, dari BN dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Chong mendapat 9,479 undi menewaskan calon Bebas Dr Chung Kong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Sabtu, Julai 18, 2009

CAKAP ORANG TAK ADA KUASA


Keselamatan Dalam Negeri (ISA) wajar dimansuh dan diganti dengan perundangan baru yang membenarkan penahanan pencegahan terhadap tertuduh.


Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, undang-undang baru itu mampu menjamin hak asasi rakyat apatah lagi ISA sering dikaitkan dengan persepsi negatif.


Beliau berkata, ISA memberi skop kuasa yang terlalu besar kepada pihak berkuasa untuk menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan.


"Oleh itu, akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja dan mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik," katanya

.
Beliau menyatakan demikian dalam ucapan selepas menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Demokrasi di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini semalam.


Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyempurnakan penganugerahan berkenaan.


Menurut Abdullah, untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.


"Saya percaya kerajaan perlu berani melakukan perubahan seumpama itu sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara," ujarnya.


Jelas beliau, ia merupakan transformasi yang rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.


Sementara itu, Abdullah menyifatkan anugerah yang diterimanya hari ini sebagai pengiktirafan kepada wawasan, pendekatan dan kaedah kepimpinan beliau dalam kerajaan.


"Falsafah demokrasi mencerminkan pengiktirafan kepada aliran falsafah yang amat dekat dengan pendirian dan prinsip kepimpinan yang telah saya pelopori.


"Sejak kecil saya telah diasuh untuk mencari kejernihan, menjalinkan silaturahim menyatakan kebaikan serta membina persahabatan," ujarnya.


Saya ingin komen sikit cadangan Pak Lah supaya kerajaan memansuhkan ISA. Nampaknya beginilah cakap orang tak ada kuasa. Kenapa sewaktu beliau jadi Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri beliau tidak berusaha memansuhkan ISA? Sedangkan ketika itu beliau ada kuasa penuh untuk berbuat demikian.


Sebab itulah bila sudah bersara dari politik, Pak Lah tak payahlah cakap banyak. Sewaktu beliau jadi Menteri Dalam Negeri, betapa polis dilihat terlalu mengongkong rakyat dengan menyuraikan banyak perhimpunan haram seperti perhimpunan Bersih dan Hindraf. Jika polis liberal di zaman Pak Lah, rakyat tidak berarak di jalan raya jika permit diluluskan.


Oleh itu tak perlulah Pak Lah komen mengenai ISA. Beliau sepatutnya memansuhkannya sewaktu beliau jadi Perdana Menteri.

Jumaat, Oktober 17, 2008

MUHYIDDIN JANGAN CAKAP BANYAK


Tempoh berkempen lima bulan memang lama, kata Muhyiddin Yassin dalam akhbar hari ini. Memang ia menjejaskan produktiviti terutamanya kepada calon yang ada jawatan dalam kerajaan.

Cuba bayangkan jika semua calon Timbalan Presiden dapat kuota yang cukup. Muhammad Muhd. Taib akan jelajah seluruh negara sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar. Beliau akan tidur di seberapa banyak rumah di kampong kerana mahu menunjukkan bahawa beliau adalah satu-satunya menteri berjiwa rakyat. Muhyiddin selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri seberapa banyak cuba melawat kawasan industri di seluruh negara. Manakala Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam agak terhad untuk menjelajah negara kecuali ada majlis UMNO yang mana beliau boleh hadir di atas kapasiti Naib Presiden UMNO.

Kenapa sekarang baru Muhyiddin bangkitkan soal ini? Kenapa beliau tidak bangkitkan dalam mesyuarat khas majlis tertinggi UMNO sebelum hari raya dahulu? Nampak sangat Muhyiddin terus-menerus mahu menjadi hero. Memanglah sepatutnya perhimpunan agung UMNO diadakan pada bulan Disember ini tetapi Pak Lah minta tangguh ke Mac kerana tugasnya belum selesai.

Beliau akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Najib pada bulan Mac ini walaupun tarikhnya belum ditetapkan lagi. Oleh itu apabila Muhyiddin membangkitkan semula isu ini, ia amat membingungkan ahli UMNO. Mentang-mentang beliau telah meninggalkan jauh Muhammad dan Ali dari segi pencalonan, beliau cakap banyak.

Katanya, “saya fikir saya mahu serahkan kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Saya tidak mahu cadangkan apa-apa sebab sesetengah orang cakap yang Muhyiddin sekarang terlalu banyak bercakap”.

Beliau sedar bahawa beliau bercakap banyak. Sepatutnya bila majlis tertinggi sudah buat keputusan, tidak perlu lagi beliau membangkitkannya. Adakah Najib mahu timbalannya cakap banyak macam Muhyiddin? Ini memberi kelebihan kepada Muhammad dan Ali jika mereka dapat kuota yang cukup untuk menentang Muhyiddin. Muhyiddin kini dapat 24 pencalonan manakala Ali dapat tiga pencalonan dan Muhammad dapat dua pencalonan.

Muhyiddin tidak boleh marah kerana jawatan ini ada kekosongan. Bukannya Ali dan Muhammad menentang penyandang jawatan. Oleh itu Muhyiddin tak perlu cakap banyak. Bila cakap banyak, makin kurang undi. Adakah Tan Sri sudah lupa kepada peristiwa 1981? Ku Li salah cakap sahaja, Musa Hitam yang menang dalam pertandingan Timbalan Presiden UMNO itu sedangkan Ku Li lebih banyak dapat pencalonan dari Musa. Belajarlah dari sejarah.