Bismillah
Nukilan khas ku pada semua Ahli Ahli Kelab Sahabat N87
dan Ahli UMNO semua nya, Bangsa Melayu Am nya..
Hari paling malang pada Negara
Saya berada dizaman Dato Harun dimana dia di bicara kan kes Rasuah dan saya maseh budak umor 19/20 tahun ketika itu dan saya berada di kediaman Dato Harun bersebelahan rumah DNajib sekarang ie Langgak Bukit dan masa polis nak ambil dia saya tidor di rumah dia dan waima masa itu Tengku Abdul Rahman pun datang dan pujuk kami serah Dato Harun pada Pemerintah dgn kata dia jika bapak saya bersalah pun saya terpaksa tunduk pada undang undang dan jika saya Hakim saya juga wajib menghukum waima itu ada lah bapak saya dan jika nak tulis peristiwa itu panjang dan in short zaman itu kami yang paling benci ada lah PM Ketika itu Tun Hussein Onn.
Saya juga berada di airport sambut Dato Harun balik dari London kerana dia kesana mengikuti final appeal kes dia di Privy Counsel ketika itu.
Sambutan wira pada Dato Harun apabila dia balik ketika itu dan saya terlibat dgn banyak kawan kawan pemimpin Umno Selangor memperahan kan Dato Harun seperti Arwah Dato Kaharudin Mukmin Tan Sri Onn Ismail.Dato Mazlan Harun Dato Fahmi Ibrahim Arwah Ismail dari Trengganu bekas CEO Talasco dan banyak exco Pemuda dari Perak Johor dan banyak nama saya lupa seperti Mohktar Shoib dan Dato Zakaria dari Selanyang Dato.Mofti Shoib Ampang dan lain lain pemimpin yang taat setia pada Perjuangan Idola Bangsa Melayu iaitu Hero Bangsa Melayu Dato Harun Idris.
Saya harap kelab kita ini terus lah istiqamah berjuang demi keadilan pada Pejuang Bangsa Melayu di era Transformasi Negara belum selesai ini yaitu Dato Najib Tun Razak yaitu Sahabat lama kita semua.
Zaman kami dulu berjuang berbeza tapi saya harap ambil lah semangat juang kami ketika itu dan kami usaha kan sehingga Dato Harun di ampun secara mutlak oleh Agong ketika itu dan hanya berada 2 tahun di Penjara Pudu di mana semasa dia balik kerumah kami sambut dia dan dia kata dia baru balik dari belajar politik di University kedua iaitu University Penjara Pudu
Maaf kawan kawan saya tak mampu tulis lagi as i am too emotional atas nasib yang di timpa oleh Boss ku dan kita doa dia kuat and BE STRONG dan Redo atas semua cubaan dunia yang penuh onak duri serta Pancaroba ini.
Kita doa setiap ketika selepas solat semoga Boss ku dapat menempuh hari hari muka dengan tabah dan dia lah pejuang Bangsa kita yang tulen. Aamiin.
Dari Nukilan
Marheim lagi faqir
Shahbudin Embun
Sahabat setia Dato Najib dan Dato Zahid Hamidi
Serta penulis Buku Najib Leader Of Transformation dan Exco Kelab Sahabat Najib Razak N87
8 Dec 2021
Black Day to Judiciary in Malaysia
Arrazek Restoran
Jalan Putera PWTC
7pm