SIJANGKANG: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin berkata beliau tidak mahu Exco Pemudanya, Shahril Sufian Hamdan,32, bertanding di parlimen Kuala Langat tetapi oleh kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pilih Shahril bertanding maka beliau merestui pilihan Najib.
Katanya, Shahril selaku bekas pegawai khas Khairy (2008-2010) adalah anak didiknya dalam politik.
"Saya mengenali Shahrir sejak di universiti lagi di London dan beliau adalah seorang yang jujur. Sebab itu hari ini saya tinggalkan kawasan saya di Rembau membantu Shahril di sini," katanya di majlis penyampaian bantuan kepada ibu tunggal dan anak yatim bagi DUN Sikangkang di kediaman bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Fatah Iskandar di sini.
Turut hadir adalah calon BN bagi Parlimen Kuala Langat, Shahril Sufian Hamdan dan calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang, Datuk Sulaiman Karli
"Oleh itu saya menyeru rakyat Kuala Langat mengundi Shahril kerana anak muda ini mampu berbahas di Dewan Rakyat dan mampu membawa pembangunan ke Kuala Langat," kata Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan.
Tambahnya lagi, rakyat Kuala Langat rugi 10 tahun memilih calon PKR, Abdullah Sani kerana beliau tidak membawa sebarang pembangunan ke kawasan tersebut.
Shahril Sufian bakal berhadapan dengan Dr Xavier Jayakumar dari PKR dan Datuk Dr Yahya Baba dari PAS, manakala Sulaiman akan ditentang oleh calon PKR dan penyandang kerusi itu, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dari PAS.
Khairy mahu ahli ahli BN tawan semula semua kerusi parlimen Kuala Langat dan tiga DUN iaitu DUN Sijangkang, DUN Banting dan DUN Morib.
Shahril Sufian bakal berhadapan dengan Dr Xavier Jayakumar dari PKR dan Datuk Dr Yahya Baba dari PAS, manakala Sulaiman akan ditentang oleh calon PKR dan penyandang kerusi itu, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dari PAS.
"Jika BN tawan empat kerusi ini, jika saya dilantik semula menteri saya akan jadikan parlimen Kuala Langat sebagai parlimen angkat saya," kata beliau.
Beliau berada di Kuala Langat dari pukul 3 petang hingga 12 malam untuk berkempen kepada semua calon BN dalam parlimen Kuala Langat.
Sementara itu Datuk Fatah selaku penganjur majlis berkata majlis penyampaian bantuan kepada ibu tunggal dan anak yatim merupakan acara dua kali setahun menjelang buka persekolahan dan menyambut bulan Ramadhan untuk meringankan beban mereka.
"Kali ini ada tambahan bantuan kepada bapa tunggal," katanya yang menjelaskan bahawa 300 orang dari DUN Sijangkang menerima bantuan tersebut dari Majlis Permuafakatan Kuala Langat.