Menegaskan demikian, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata walaupun MCA hanya membuka keahlian kepada kaum Cina, namun sejak sebelum merdeka lagi, parti itu telah bersama UMNO dan MIC berjuang di bawah satu perikatan.
Beliau ditanya sama ada MCA sedia membuka keahliannya kepada kaum lain seperti dilakukan DAP.
"Jika anda bercakap tentang DAP, berapa banyak kawasan (pilihan raya) mereka menangi yang tidak berasaskan sokongan pengundi Cina?.
"DAP adalah parti berasaskan Cina, tetapi mereka menafikannya," kata beliau kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda MCA, di sini hari ini.
Mengulas mengenai Pemuda MCA, Wee berkata sayap parti itu perlu menguasai teknologi terutamanya media sosial dalam kempen mereka menentang pembangkang agar kekal relevan dengan masyarakat.
Ulasan saya, jika benar MCA berjuang untuk semua kaum sepatutnya MCA sokong pindaan RUU355 kerana ia adalah kehendak majoriti umat Islam di negara ini.
Kenapa MCA takut kepada RUU355 sedangkan ia untuk orang Islam sahaja dan MCA sewajarnya menyokong RUU355 kerana ia bertujuan untuk mengukuhkan mahkamah syariah. Jika MCA sokong pindaan ini barulah MCA boleh dikatakan berjuang untuk semua kaum.