ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said mendakwa Umno tidak berani memecatnya kerana bimbang DUN Terengganu tergantung dengan kedudukan 17-15 sekarang.
Katanya, jika Umno memecatnya kedudukan BN 16 dan pembangkang 15.
Namun demikian dakwaan ini disangkal oleh bekas ADUN Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera yang berkata BN masih majoriti kerana BN 16, PAS 14, PKR 1 dan Bebas 1.
"Malah perlembagaan negeri mencatat bahawa pembentukan sesebuah kerajaan berlaku apabila Raja percaya ada sesorang ADUN biasanya ketua parti yang dapat majoriti kerusi boleh menguasai Dewan dan diberi mandat untuk bentu kerajaan," katanya kepada blog Catatan Zabidi.
Beliau yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri berkata, tak kira parti mana asalkan dia ini dipercayai mendapat sokongan majoriti ahli Dewan.
"Kelazimananya dari satu parti atau parti parti gabungannya. Dan jika tiada bantahan dari ahli ahli Dewan maka Razif kekal sebagai MB," katanya lagi.
Beliau yang kini merupakan Pegawai Pembangunan DUN Chukai berpendapat MB akan jatuh jika ada undi tidak percaya daripada majoriti ahli Dewan atau MB sendiri letak jawatan atau sekumpulan ahli Dewan yang majoriti dipercayai oleh Raja melalui akuan bersumpah (SD), Raja boleh tukar MB atau bubar Dewan seperti yang berlaku di Kedah baru-baru ini.
Katanya lagi, keadaan ini tak berlaku di Terengganu.
"Jadi kerajaan minoriti boleh kekal memerintah satu satu negeri kalau tidak berlaku tiga situasi di atas," tegasnya.
Oleh itu dakwaan bekas MB Terengganu bahawa DUN Terengganu akan tergantung adalah tidak benar. Malah katanya lagi Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang sudah buat kenyataan akan mengambilalih kerajaan negeri melalui PRU dan bukannya melalui undi tidak percaya yang mana tempoh yang singkat menjelang PRU 2018 kerajaan PAS tidak sempat buat apa-apa.
"Kalau harapkan sokongan dari satu atau dua orang yang didakwa oleh Ahmad Said, kerajaan BN tidak akan tumbang," jelasnya lagi.