CATATAN ZABIDI

Khamis, Jun 16, 2016

BUDIMAN SUDAH TEMUI 29,000 PENGUNDI



Budiman Mohd. Zohdi hanya ada dua hari lagi untuk sampai ke garisan penamat.


Bagaimanapun, calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar itu percaya prestasi ‘enjin’ jentera parti harus dipertingkatkan lagi untuk mencapai objektif pada hari pengundian 18 Jun ini.

Menurutnya, selepas sembilan hari berkempen, beliau sudah berjumpa lebih 29,000 orang pengundi.

“Saya sudah berjumpa hampir 70 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi sebanyak 42,000 orang.

“Apa yang penting adalah perancangan berstruktur bagi memastikan saya dapat bertemu semua pengundi,” katanya.

Beliau ditemui selepas melawat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Yoke Kuan di Sekinchan di sini, hari ini.

Budiman akan ditentang oleh calon Pas, Dr. Abdul Rani Osman dan Azhar Ab. Shukur yang mewakili PAN dalam PRK itu.

Beliau menambah, apa yang menarik sepanjang kempennya, terdapat kumpulan-kumpulan tertentu memohon untuk bertemu dengannya.

“Ada kumpulan-kumpulan kluster seperti guru sekolah dan pekerja kilang mahu mengenali saya secara lebih dekat.

“Saya pun berjumpalah mereka dan saya mempromosikan visi saya yang berkonsepkan kesederhanaan dan hasrat mahu meningkatkan lagi bidang pendidikan di kawasan Sungai Besar,” ujarnya.

Zabidi Hj Saidi - @ 12:50 PG
‹
›
Laman utama
Papar versi web

Perihal Saya

Foto saya
Zabidi Hj Saidi -
Saya adalah mantan Editor MINGGUAN WATAN dan juga penulis buku politik yang telah berkecimpung dalam bidang ini selama lebih 20 tahun. Saya dilahirkan di Kemaman pada 20 Mac 1959 tetapi dibesarkan di Dungun dan Kuala Terengganu. Pada tahun 1980 baru saya kembali semula ke Kemaman dan terus menetap di sana sampailah hari ini. Saya mendpat pendidikan awal di SK Pusat Dungun dan SK Banggol Peradong Kuala Terengganu. Selepas itu saya belajar di MRSM Seremban (1972-1976), SM Sultan Sulaiman K. Terengganu (1977-1978) dan Maktab Adabi Terengganu (1979) sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dari tahun 1980 - 1983.
Lihat profil lengkap saya
Dikuasakan oleh Blogger.