Umno Bahagian Teluk Kemang yang bermesyuarat semalam sebulat suara menamakan Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.
Ketua Pemuda bahagian itu, Mohd Faizal Ramli, berkata pencalonan Mohd Isa yang juga Ketua Umno bahagian itu mendapat sokongan sebulat suara 33 ahli jawatankuasa (AJK) bahagian yang menghadiri mesyuarat, petang semalam.
"Kita tidak memperincikan calon lain, sebaliknya AJK yang hadir menyatakan sokongan sebulat suara kepada beliau (Mohd Isa) kerana yakin pengalaman dan ketokohannya mampu membantu BN mempertahankan kerusi itu," katanya.
Ulasan saya terhadap berita ini ialah tidak semestinya perhubungan negeri akur dengan kehendak bahagian. Mungkin perhubungan negeri akan hantar tiga nama kepada pucuk pimpinan parti. Pucuk pimpinan tidak terikat kepada calon yang disenaraikan oleh bahagian kerana banyak kes yang berlaku senarai bahagian tidak sama dengan senarai perhubungan. Contohnya, pilihanraya kecil DUN Kuala Berang pada tahun 2004. Ketua bahagian, Tengku Putera mahu setiausaha sulitnya, Baharuddin menjadi calon tetapi pengerusi perhubungan negeri, Idris jusoh pilih Cikgu Zawawi sebagai calon.
Oleh kerana Bagan Pinang adalah kubu kuat BN kerana ada undi pos sebanyayk 5,000 maka tidak semestinya pucuk pimpinan memilih Isa Samad sebagai calon. Sebaliknya letak orang baru pun BN akan menang besar juga.