Kerajaan sedia menimbang cadangan untuk mengurniakan darjah kebesaran membawa gelaran 'Tun' kepada pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam jawapan bertulis kepada Hamim Samuri (BN-Ledang) pada persidangan Dewan Rakyat semalam, Perdana Menteri berkata pengurniaan darjah kebesaran itu adalah berdasarkan sumbangan besar Onn ke arah menyatukan rakyat Malaysia (Persekutuan Tanah Melayu ketika itu) dan perjuangan mencapai kemerdekaan negara.
Selain jasanya mengasaskan Umno, Allahyarham Onn juga banyak sumbangan ke arah meningkatkan kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu dengan menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa.
Allahyarham telah memainkan peranan yang penting dalam memulakan langkah untuk Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Onn meninggal dunia pada 1962 pada usia 67 tahun.
Izinkan saya mengulas sedikit di sini bahawa pada hemat saya tidak perlu beri gelaran Tun kepada Datuk Onn Jaafar kerana di akhir perjuangannya beliau menentang UMNO. Jika kerajaan memberi gelaran Tun kepada beliau, ini bermakna UMNO mengiktiraf penentang UMNO. Beliau mati sebagai Presiden Parti Negara. Oleh itu tidak perlu beri gelaran Tun kepada pengkhianat UMNO.