Jumaat, Mei 13, 2016

NAJIB IKRAR TAKKAN KELUAR DARI UMNO KALAU BERSELISIH FAHAM DENGAN PENGGANTINYA



KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Bersatu, nasional dan kesetiaan - itu tiga asas yang menjadi formula kekuatan UMNO yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 sehingga menjadi parti paling berjaya di dunia sehingga hari ini.

Menurut Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri, rahsia kekuatan UMNO terkandung pada namanya yang telah dipilih oleh pengasas iaitu 'Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu' atau 'United Malay National Organisation' yang menjadi kunci kekuatan menempuh sebarang ujian, cabaran dan krisis hingga pada hari ini.

"Nama bersatu atau 'united' adalah kunci kepada kejayaan kita. Dan kedua bila kita memecahkan tembok-tembok perasaan kedaerahan dan kenegerian ... tidak lagi berjuang dalam kelompok-kelompok yang kecil, tetapi berjuang atas nama kebangsaan.






"Maka kita mempunyai kekuatan yang luar biasa sehingga kuasa penjajah pada masa itu sedar bahawa atas kekuatan ini, mereka terpaksa menyerah bumi ini kepada kita rakyat Malaysia, dipimpin oleh UMNO dan rakan-rakan kita dalam Barisan Nasional (BN) untuk mengemudikan kepimpinan negara," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari UMNO ke-70 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, malam ini.

Najib diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, ketua sayap Wanita, Pemuda dan Puteri serta wakil parti komponen BN.


Najib berkata banyak pihak yang bertanya apakah rahsia atau formula yang diguna pakai oleh UMNO yang membawa kepada kejayaan tidak putus-putus dipilih untuk mentadbir negara sehinggalah pada hari ini.

"Tidak perlu kita lihat lebih jauh, asasnya ialah kita bersatu, asasnya national, asasnya apa? kesetiaan. Saya nak tambah lagi, kesetian sepanjang hayat, sepanjang zaman kita dalam UMNO, dalam apa jua keadaan, walaupun kita tidak bersetuju, walaupun kita berbalah, berbeza pendapat," katanya.

Jelasnya, tidak ada parti politik yang tidak ada perbezaan pendapat dan tidak mengalami perbalahan dalaman tetapi mesti ada disiplin dan berlandaskan kasih, sayang dan kesetiaan pada parti dalam apa juga keadaan.

"Sebab itulah sepertimana saya sebut dua malam yang lalu, saya kata terus terang, kalau takdirnya satu hari nanti saya berselisih faham dengan pengganti saya, saya tidak akan keluar daripada UMNO.

"Sebab UMNO ini parti yang terlalu besar budi jasa kepada orang Melayu, kepada rakyat Malaysia, kepada keluarga saya, kepada diri saya. Saya tidak akan mengkhianati parti UMNO sehingga saat akhir hayat saya," katanya.

Najib turut menggariskan kejayaan UMNO, antaranya melahirkan ramai golongan intelek dan berjaya mengeluarkan rakyat daripada kemiskinan.

"Daripada keadaan kita terhina tak ada maruah, hari ini kita sudah muncul sebagai bangsa yang bermaruah, dihormati dan disegani. Banyak kisah-kisah 70 tahun yang boleh saya huraikan. Satu demi satu kita semua telah melaluinya. Oleh itu saya mahu kita kembali semula. Bila kita tanya apa roh, apa semangat UMNO itu, roh semangat UMNO itu di atas tangga Istana Besar Johor Baharu.

"Kalau itulah nafas yang bertiup dalam badan, itulah kalau dikatakan roh, darah daging, maka Insya-Allah UMNO akan terus berkuasa 70 tahun lagi dan lebih daripada itu," katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan dalam komponen BN yang bersama-sama membantu UMNO dalam mentadbir negara.

Selepas berucap, Najib turut memotong pulut kuning bersempena sambutan ulang tahun ke-70 UMNO.

Beliau turut menyampaikan sumbangan parti kepada waris dua anggota Parlimen UMNO yang terkorban dalam nahas helikopter pada 5 Mei lalu di Sarawak, iaitu anggota Parlimen Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon dan anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

-- BERNAMA

Khamis, Mei 12, 2016

KEHEBATAN LEICESTER CITY PERLU DIJADIKAN IKHTIBAR



Oleh SHAHBUDIN HAJI EMBUN




Kejayaan Leicester menjulang Liga Perdana Inggeris membuktikan mengapa sukan bolasepak akan sentiasa menjadi sukan nombor satu dunia. Apa yang dicapai oleh Leicester City boleh dikategorikan sebagai antara pencapaian sukan yang paling cemerlang dalam sejarah bolasepak dunia.




Pada awal musim, pasukan ini merupakan antara 3 pasukan pilihan yang bakal disingkirkan dari liga utama.Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya dan yang lebih penting telah membuktikan yang kejayaan tidak boleh dibeli dengan wang , sebagaimana yang cuba dilakukan oleh kelab ternama Inggeris yang lain seperti Manchester City, Manchester United dan Chelsea.




Leicester juga tidak dibarisi oleh para pemain yang bertaraf bintang dan tidak dibeli dengan harga puluhan juta pound sterling .Bahkan kebanyakan pemain-pemain ini pernah disingkir dan dibuang oleh kelab ternama kerana tidak layak untuk menyarung jersi mereka.




Manakala pengurus pasukan ini , Claudio Raneiri bukanlah nama lagenda dalam dunia pengurusan , walaupun pernah mengurus pasukan seperti Chelsea , Juventus, Roma, Monaco, Atletico Madrid dan juga Inter Milan.




Kejayaan Leicester ini sebenarnya boleh dijadikan sebagai iktibar kepada pasukan bolesepak kebangsaan kita.Pasukan yang bergelar The Foxes tidak tahu erti putus asa dan yakin kepada diri sendiri bahawa pasukan ini mampu menewaskan pasukan yang bergelar gergasi di liga Inggeris.




Malaysia kini berada di kedudukan 174 dalam ranking pasukan terbaik dunia.Ini merupakan kedudukan yang paling bawah dalam sejarah bolasepak negara. Bahkan kedudukan terbaharu itu meletakkan Malaysia sebaris dengan beberapa negara seperti Samoa (170), Timor Leste (175), Bangladesh (177) dan Nepal (179), yang mana negara-negara ini tidak mempunyai kemudahan dan infrastruktur bola sepak yang lengkap dan canggih.




Mungkin generasi hari ini tidak merasai zaman kegemilangan bola sepak negara satu ketika dahulu. Malaysia pernah melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972 di Munich dan juga 1980 di Moskow. Malaysia juga pernah memenangi pingat gangsa dalam Sukan Asia tahun 1974 yang berlangsung di Teheran.





Manakala kejayaan negara menjuarai beberapa piala antarabangsa seperti Presidents Cup di Korea Selatan, Piala Anniversary Jakarta di Indonesia, King’s Cup di Thailand dan Pesta Bolasepak Merdeka di Malaysia menjadikan negara kita digeruni hingga ke peringkat Asia.Malaysia juga pernah menwaskan pasukan Arsenal 2-0 dan seri dengan pasukan England B 1-1 pada tahun 70an dahulu.




Kita tinggalkan seketika pengajian sejarah. Apa yang lebih penting ialah melihat kejayaan Leicester City , sebuah pasukan kerdil yang telah membuktikan bahawa adalah tidak mustahil untuk menempa kejayaan. Kita harus terima hakikat yang Malaysia kini merupakan pasukan kerdil dalam dunia bolasepak dunia. Namun ini tidak bermakna yang kita mestu terus berpuas hati dengan kedudukan kita sekarang.




Kejayaan pasukan JDT di peringkat Asia membuktikan yang kita mampu melakukannya. Dan saya yakin, Malaysia juga boleh bangkit dan terus bersaing dengan pasukan gergasi Asia yang lain. Saya tidak mahir dalam memberi nasihat tentang perancangan yang telah dan bakal dilaksanakan untuk menaikkan semula sukan bolasepak.




Apa yang saya boleh sarankan ialah para pemain kita mengambil iktibar daripada kejayaan pasukan Leicester City.Walaupun mungkin ada para pemain tempatan yang pernah dibuang atau disingkirkan dari pasukan ternama, ini tidak bermakna yang anda tidak berpeluang langsung untuk mencipta kejayaan. James Vardy , penyerang utama Leicester contohnya, bukanlah satu nama yang hebat setahun yang lalu. Hari ini Vardy mungkin akan mengetuai barisan serangan England dalam Euro 2016 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.




Apa yang penting ialah para pemain kita perlu memiliki semangat yang kuat dan yakin pada keupayaan sendiri , sebagaimana yang dibuktikan oleh para pemain Leicester City. Dengan berbekalkan elemen-elemen ini serta yang berkaitan dengan pengetahuan yang tinggi tentang teknik dan taktikal bolesepak ,mungkin satu hari nanti, usaha ini akan membuahkan hasil dan meletakkan semula nama Malaysia sebaris dengan pasukan gergasi Asia seperti Korea Selatan , Arab Saudi, Australia dan Jepun

Catatan: Penulis biasa menonton  perlawanan bolasepak dunia di Espana, Sepanyol pada 1982 selama sebulan menikut Fan Club England di mana Italy mengalahkan Jerman di perlawan akhir.











Selasa, Mei 10, 2016

MAMPUKAH UMNO KEKAL 70 TAHUN LAGI?

KEMAMAN, 10 Mei (Bernama) -- Mampukah UMNO kekal 70 tahun lagi untuk diwariskan kepada generasi akan datang atau hanya mengenang sejarah 70 tahun yang boleh hilang ditelan zaman.

Veteran UMNO Datuk Abu Bakar Ali berkata mengekalkan apa yang telah ada tentunya sukar namun jika tidak diingatkan, parti ini boleh lenyap dan menghampakan nenek moyang yang telah bertungkus lumus membina dan mengukuhkannya.

Beliau yang berkecimpung dalam politik sejak 1970 berkata perjuangan UMNO dahulu dan sekarang tentunya jauh berbeza namun semua pihak tidak boleh menidakkan bahawa pemimpin terdahulu telah berjuang habis-habisan bagi memastikan UMNO dapat diwarisi seperti hari ini.

"Kita kena ingat perjuangan nenek moyang kita dari 1946, begitu tinggi semangat perjuangannya dan mereka berikrar pada masa itu untuk mewariskan perjuangan UMNO ketika itu untuk anak cucu akan datang.

"Kita takut 70 tahun dahulu nenek moyang kita tinggalkan dengan keadaan yang begitu baik dan UMNO yang comel...tetapi bolehkah kita simpan perjuangan UMNO ini dan kita wariskan pula kepada anak cucu kita 70 tahun akan datang?" katanya dalam nada sebak ketika wawancara eksklusif bersama Bernama sempena ulang tahun UMNO ke-70 esok.

Abu Bakar, 70, yang pernah menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri Kemasik selama empat penggal bermula 1990 hingga 2008 berkata dahulu hubungan sesama anggota UMNO begitu erat dan perpaduan yang utuh.

"Dulu perpaduan sangat kukuh sebab ketika itu masing-masing berjuang untuk mendapatkan kemudahan asas di kampung, sebab sekitar tahun 1966 hingga awal 70-an keadaan kampung masih kekurangan dari segi kemudahan asas, jadi mereka berjuang di peringkat cawangan dan bahagian untuk mendapatkan kemudahan asas hingga membuatkan UMNO bertambah kuat.

Abu Bakar yang menganggap ulang tahun UMNO kali ini sangat istimewa kerana seiring dengan usianya, berkata dahulu, dalam mesyuarat agung pemilihan cawangan dan bahagian, masing-masing akan menolak untuk menjadi anggota jawatankuasa tetapi kini ramai yang berebut untuk memegang jawatan kerana ada kepentingan diri.

Katanya anggota UMNO perlu kembali bangkit dari 'tidur yang lena' dan meneruskan perjuangan parti sebagaimana yang telah diwarisi dari nenek moyang dahulu.

Ditanya sama ada UMNO akan kekal diwarisi dalam tempoh 70 tahun akan datang atau tidak, Abu Bakar berkata sekiranya UMNO masih berada ditakuk sekarang dan tidak diubah ia agak sukar untuk dipertahankan.

"Kalau begini keadaannya, agak sukar...kita kena baiki, perbetulkan UMNO hari ini supaya kita dapat mewariskan UMNO ini kepada anak cucu kita akan datang kalau tidak...anak cucu kita akan merempat di tanah air sendiri sekiranya UMNO hilang kuasa.

"Nak perbaiki UMNO, pertama sekali perpaduan dan imej pemimpin UMNO perlu dipulihkan, tolak ansur antara satu sama lain perlu ada, pemimpin perlu rapat dan berbakti kepada masyarakat supaya mereka kenal siapa UMNO dan terhutang budi dengan UMNO, ini cara yang terbaik," katanya.

Tambah Abu Bakar anggota UMNO juga perlu bersatu dan membantu presiden parti untuk memberi keyakinan kepada rakyat dalam menangkis segala tohmahan tidak benar termasuk isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Inilah masanya untuk pemimpin di pelbagai peringkat termasuk cawangan, bahagian, negeri dan pusat memainkan peranan. Kita kena beri keyakinan kepada rakyat dengan menerangkan apa yang dilemparkan tak betul kerana mereka masih ragu-ragu dan masih belum dapat penjelasan sebenar mengenai isu-isu yang sengaja ditimbulkan.

Beliau berkata perpaduan dalam kalangan anggota UMNO amat penting terutamanya di peringkat kepimpinan pusat dan negeri yang menjadi tunjang utama bagi pengukuhan parti.

"Bersatu perlulah bermula dari atas (pucuk pimpinan), kalau atas tak bersatu macam mana bawah (rakyat) nak bersatu? Kalau nak mula dari bawah memang agak susah. Kalau rakyat tengok atas elok, mereka pun akan rasa lega," katanya.

Ditanya kedudukan UMNO dalam pilihan raya akan datang, Abu Bakar berkata beliau yakin kedudukan UMNO akan dapat dipulihkan sebelum pilihan raya ke-14 (PRU14).

"Bagaimanapun, jangan ada lagi perkara (konflik) lain yang berlaku di peringkat pusat selepas ini. Kalau ada perkara besar lagi berlaku di peringkat pusat, saya tak yakin dalam masa terdekat ia boleh diselesaikan sebab PRU14 dah tak lama lagi," katanya.

Abu Bakar berkata PRU14 akan menjadi PRU paling kritikal memandangkan pada PRU13 bilangan majoriti undian dan bilangan kerusi di pusat dan negeri dilihat terjejas.

"Kalau dulu di Terengganu, kita boleh menang 28 kerusi, orang yang sama juga mengundi. Kenapa sekarang 17? Itu bermakna pengundi lari, inilah masanya wakil rakyat dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung untuk menawan semula hati mereka.

Abu Bakar yang kini masih bergiat dalam politik dengan memegang jawatan Ketua UMNO Cawangan Kerteh sejak 1986 berkata beliau berharap UMNO akan bertambah kukuh dan keadaan akan kembali berubah seperti UMNO dahulu.

-- BERNAMA

CINTA NORIAH DAN ASMUNI TETAP KUKUH WALAUPUN 30 TAHUN BERPISAH



MEREKA bertemu ketika remaja, jatuh cinta namun terpaksa berpisah. Tetapi...walaupun selepas lebih daripada 30 tahun dan telah mempunyai kehidupan masing-masing, namun cinta mereka tetap kuat dan utuh.

Itulah kisah cinta antara Allahyarhamah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan Mohd Asmuni Abdullah, kedua-duanya, 52, dijemput Ilahi pada Khamis lalu, selepas helikopter yang mereka naiki terbabit nahas di Sungai Batang Lupar, Sarawak.

Kebahagian mereka hanya bertahan lapan bulan, sesudah berkahwin pada September lalu selepas bertemu semula melalui Facebook.

Adik Noriah, Saiful Baharim, 44, ketika mengimbau kembali kisah cinta kakaknya berkata, mereka berdua berpisah lebih daripada 30 tahun lalu, selepas ibunya membantah hubungan mereka berdua.

"Mereka belajar di sekolah rendah yang sama di SK Sungai Burong, Selangor. Mereka mahu berkahwin apabila mereka selesai belajar di sekolah menengah tetapi ibu tidak membenarkannya kerana dia berkata, sambung belajar lebih penting.

"Akhirnya, mereka terpaksa melupakan hasrat untuk bersatu demi melanjutkan pengajian masing-masing.

"Asmuni pergi ke Amerika Syarikat untuk belajar seni bina manakala Noriah menyambung pengajian dalam bidang undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia," katanya petik laporan The Star yang menemui Saiful di rumah keluarganya, di Kampung Batu 12, Sungai Burong, di sini semalam.

Beliau berkata, kedua-dua terputus hubungan dengan satu sama lain dan Noriah kemudian berkahwin dan mempunyai lima orang anak daripada tiga perkahwinan terdahulu, termasuk mempunyai seorang anak angkat yang berusia tiga tahun, manakala Asmuni juga mempunyai empat orang anak dan menetap di New York selepas menamatkan pengajiannya.

Saiful berkata, pasangan itu hanya 'bertaut semula' pada awal tahun lalu apabila Noriah membuat 'reunion' untuk mengimpunkan alumni sekolah rendah beliau melalui Facebook.

Menyedari bahawa mereka masih mempunyai perasaan cinta antara satu sama lain, mereka terus berhubung dan berkahwin pada September lalu.

"Ia adalah benar-benar sebuah kisah cinta abadi kerana mereka suka antara satu sama lain sejak kecil," katanya sambil menunjukkan gambar-gambar lama Noriah dan Asmuni semasa zaman kanak-kanak dan remaja.

Sementara itu kakak Noriah, Sunarsih, 55, pula berkata, adiknya dilihat lebih gembira dan bahagia selepas berkahwin dengan Asmuni, dan acapkali bercakap tentang keluarganya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan helikopter yang membawa Noriah dan enam penumpang lain dilaporkan hilang pada Khamis lalu, pesawat itu dalam penerbangan dari Betong ke Kuching.

Helikopter itu berlepas dari Betong jam 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar 5 petang, namun terbabit nahas yang mengakibatkan berlakunya tragedi.

Rentetan daripada itu, pasukan mencari dan penyelamat telah menjalankan misi menyelamat setakat ini lima mangsa sudah ditemui.

Sementara, mayat suami Allahyarham Noriah, Asmuni Abdullah, dijumpai pada 3.20 petang semalam, berhampiran tempat mayat Noriah ditemukan.

Selain Noriah dan Mohd Asmuni, tragedi berkenaan turut mengorbankan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad; Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai dan pengawal peribadi Noriah, Lans Koperal Ahmad Sobri Harun.

Seorang lagi mangsa adalah, juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas.

Isnin, Mei 09, 2016

KEMENANGAN BESAR SARAWAK DORONG PRU 14 TAHUN HADAPAN?

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengucapkan tahniah kepada pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Tan Sri Adenan Satem atas kemenangan besar dalam pilihan raya Sarawak semalam dan menganggap kekalahan DAP disebabkan populariti Adenan.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata kegagalan DAP mengekalkan lima kerusi daripada 12 kerusi sebelumnya ialah disebabkan populariti Tan Sri Adenan atas sifat peribadi.

Beliau berkata Adenan dapat mewujudkan penampilan semula dalam dirinya dan mencorakkan hala tuju atau model politik yang baharu untuk mengembalikan populariti dan sokongan kepada BN sejak pilihan raya umum 2008.

"Populariti peribadi Adnan mengatasi apa-apa ketidaktengangan berhubung dengan larangan ke atas para pemimpin pembangkang dari Semenanjung daripada memasuki Sarawak," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari Ahad.

Beliau berharap Adenan dapat memenuhi janjinya untuk Sarawak menikmati kemakmuran dan berlaku adil kepada semua tanpa mengira kaum dan agama, mengembalikan hak ekonomi dan penurunan kuasa politik yang menghormati hak, maruah dan martabat rakyat Sarawak.

Lim berkata parti itu akan menjalankan "post-mortem" dan menunggu laporan penuh daripada pengerusi DAP Sarawak Chong Chien Jen mengenai kekalahannya termasuk kegagalan meraih kejayaan apabila bertanding di kawasan suku kaum Dayak di luar bandar.

Bagaimanapun, beliau berkata ada petunjuk-petunjuk positif di beberapa kawasan kaum Dayak apabila calon DAP meraih sebahagian undi.

"Oleh kerana politik ialah perjuangan jangka panjang, pemimpin kita harus meneruskan usaha di kawasan-kawasan tersebut di bawah program Impian Sarawak serta memenangi semula kerusi yang hilang.

"DAP akan terus bekerjasama dengan sekutunya dalam Pakatan Harapan, PKR dan Amanah. Kami perlu menebus kekecewaaan di kalangan penyokong kami, bukan hanya sebagai parti politik tetapi juga sebagai Pakatan Harapan," kata beliau.

Beliau berkata jentera dalaman Pakatan Harapan perlu diperkukuhkan supaya persetujuan yang dicapai harus dihormati dan dikekalkan.

DAP hanya memenangi tujuh daripada 31 kerusi yang ditandingnya pada pilihan raya negeri Sarawak semalam sementara BN memenangi 72 kerusi dan PKR mengekalkan ketiga-tiga kerusinya.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berkata pencapaian Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Sarawak ke-11 adalah jauh di luar jangkaannya.

Beliau memberitahu persidangan media  bahawa ini kerana sebelum hari pengundian, beliau menjangkakan BN akan menang 65 atau 66 kerusi, tetapi menyaksikan BN kembali berkuasa dengan kemenangan yang begitu meyakinkan 72 kerusi daripada 80 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Ulasan saya, kemenangan cemerlang BN di Sarawak akan mendorong  PRU ke 14 akan diadakan pada tahun hadapan. Seperti kata PM, Najib Razak kemenangan ini menunjukkan bahawa rakyat Sarawak menerima GST. Malah isu derma 2.6 billion dan 1MDB langsung tidak berkesan di Sarawak.

PRU ke 14 dijangka diadakan pada tahun 2018 tetapi dengan kemenangan besar ini maka PRU kemungkinan akan diadakan pada tahun hadapan. Najib Razak tidak perlu menunggu 2018 untuk mendapatkan mandat baharu dari rakyat Malaysia kerana Sarawak dan Sabah
masih lagi penentu kejayaan BN di Semenanjung.

Ahad, Mei 08, 2016

JODOH ASMUNI KUAT DENGAN NORIAH WALAUPUN SUDAH 30 TAHUN TERPUTUS

TANJONG KARANG, 8 Mei (Bernama) -- Jenazah Asmuni Abdullah, 52, suami Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon yang terlibat dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak Khamis lepas, selamat dikebumikan pada kira-kira 10 pagi ini.

Jenazah sebelum itu disembahyangkan di Masjid Ar-Rahmah, Batu 12, Sungai Burong pada pukul kira-kira 9 pagi dan dikebumikan berdekatan pusara Noriah, yang turut terkorban dalam nahas itu, di Tanah Perkuburan Islam Batu 12.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba pada 7.41 pagi di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang dengan pesawat Charlie C130H melalui penerbangan ihsan dari Pangkalan Udara Kuching, yang berlepas kira-kira pukul 2 pagi tadi.

Upacara pengebumian itu dihadiri hampir seratus kariah kawasan tersebut termasuk anggota keluarga terdekat serta rakan taulan.

Adik Asmuni, Norliah, 50, ketika ditemui pemberita berkata empat anak Allahyarham Asmuni bersama bekas isterinya menzahirkan rasa amat sedih kerana tidak sempat menatap wajah dan jenazah bapa mereka untuk kali terakhir berikutan berada di Amerika Syarikat.

"Beliau ada tiga anak lelaki berumur 21, 20 dan 14 tahun dan seorang anak perempuan berumur 18 tahun yang tinggal bersama bekas isterinya di New York.

"Namun anak-anak dan bekas isterinya, warga Amerika Syarikat itu telah dimaklumkan mengenai nahas berkenaan dan mereka amat terkejut dan sedih menerima perkhabaran itu," katanya.

Menurut Norliah, Allahyarham abang sulungnya itu pernah menyatakan hasrat akan membawa kesemua anak-anaknya balik ke Malaysia untuk merayakan Aidilfitri tahun ini namun segalanya tidak kesampaian.

Dalam pada itu, adik ipar Asmuni, Syailina Durasat, 37, menyifatkan perkahwinan Allahyarham Asmuni dengan Noriah selama lapan bulan lepas dilihat sebagai cinta sehidup semati.

Beliau menceritakan, walaupun kedua-duanya pernah terputus hubungan hampir 30 tahun dengan membawa haluan masing-masing, namun takdir Tuhan mengikat kembali silaturahim mereka walaupun hanya untuk sementara.

Ditanya sama ada anak-anak Asmuni ada menyatakan hasrat untuk datang ke Malaysia untuk menziarah kubur bapa mereka, Syailina berkata mereka ada berbincang mengenai perkara itu.



-- BERNAMA

Sabtu, Mei 07, 2016

TUKAR PESAWAT DI SAAT AKHIR SELAMATKAN SHABERY

KUCHING, 6 Mei (Bernama) -- Menukar pesawat untuk dinaiki pada saat akhir menyelamatkan nyawa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Shabery mahu menaiki helikopter yang terhempas membawa Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dan lima lagi dari Betong ke Kuching itu apabila beliau mengubah fikiran untuk menggunakan pesawat lain semalam.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu, yang mengiringi beliau pada perjumpaan dengan petani di Tanjung Bijat dan Spaoh, telah menawarkan Shabery dan rombongannya menaiki helikopter rasmi beliau.

Shabery memutuskan untuk menerima tawaran itu.

"Beliau (Jabu) menghantar saya ke helikopter, menolong saya memasang tali pinggang dan menutup pintu helikopter seperti seorang bapa membantu anaknya," kata Shabery.

"Saya merasakan suatu perasaan yang aneh. Firasat saya dan cuaca pun tidak begitu baik. Gerak hati saya daripada Allah melalui Jabu yang mengatakan kepada saya, "Saya tak ikut naik dengan YB tapi saya tetap bersama YB."

Beliau bagaimanapun terkejut mendengar bahawa helikopter Eurocopter AS350 itu hilang kemudiannya.

Shabery sedih mendapat berita mayat Noriah ditemui berhampiran serpihan pesawat itu dekat Sungai Batang Lupar, Sebuyau, kira-kira 220km dari Kuching, dan kerja mencari badan helikopter itu dan mangsa lain diteruskan.

Beliau menyampaikan takziah kepada keluarga Noriah dan keluarga penumpang lain pesawat itu.

"Ini sudah ditakdirkan. Memang sukar untuk diterima dan saya berharap usaha mencari diteruskan dan berjaya.

"Sukar bagi saya untuk mengatakan saya lega kerana Noriah sahabat saya," katanya.

Selain Noriah, turut berada di dalam helikopter itu ialah suaminya Asmuni Abdullah, Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun, dan juruterbang warga Filipina Rudolf Rex Ragas.

-- BERNAMA

Jumaat, Mei 06, 2016

KITA BELUM PASTI KEHILANGAN MEREKA KATA NAJIB

KUCHING, 6 Mei (Bernama) -- Serpihan helikopter yang hilang di Sarawak semalam dijumpai bersebelahan Sungai Batang Lupar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Serpihan itu termasuk sebuah rotation device, sebuah kerusi, sebahagian daripada pintu, sebahagian rotor blade dan sebahagian dinding pesawat, Najib berkata pada sidang media pagi ini.

Perdana Menteri mengesahkan helikopter itu membawa enam orang, antaranya Timbalan Menteri Perusahan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon, suaminya Asmuni Abdullah dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Muhammad Khairil Anuar Wan Ahmad.

Turut berada dalam helikopter itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Ahmad Sobri Harun, dan juruterbang warga Filipina Rudolf Rex Ragas.

Helikopter itu berlepas dari Betong, kira-kira 250km dari sini pada 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar 5 petang.

"Setakat ini kita tidak boleh buat sebarang kesimpulan yang kita sudah kehilangan mereka," katanya semasa ditanya sekiranya ini bererti semua mereka sudah tiada lagi.

Perdana Menteri berkata semua aset yang berkaitan sudah diarah melancarkan operasi dan menyelamat "semaksimum mungkin" di sekitar kawasan berkenaan.

MANA PERGI RM10 JUTA DERMA DAP?



Selama ini DAP sentiasa bertanya kemana pergi wang itu dan kemana wang ini, rupanya DAP terlupa bertanya kemana pergi wang yang berkaitan dengan parti mereka sendiri.






Selama bertapak di Sarawak kemanakah perginya wang kutipan derma yang diperolehi DAP, bagaimana wang itu dibelanjakan dan siapakah yang menyimpan serta membelanjakannya?






Persoalan ini sepatutnya di tanya pengikut DAP !






Parti DAP memiliki beberapa saluran untuk memohon derma secara terbuka dari rakyat biasa, Tabung derma tersebut dikatakan untuk membiaya pelbagai projek untuk rakyat;






• Tabung Derma ceramah


• Derma Online


• DAP Fund Raising Dinner (FRD)


- FRD Impian Sarawak


- FRD Pilihanraya Negeri Sarawak





DAP memang sinonim dengan projek Impian Sarawak, namun apakah punca pendapatan atau sumber kewangan DAP sehingga dapat membiaya projek tersebut.






Namun jika merujuk penyataan dibawah, jelas sekali derma yang diterima DAP tidak digunakan untuk membiaya projek Impian Sarawak kerana projek itu dilakukan secara gotong-royong bersama penduduk kampung.






Disini juga timbul persoalan, kemana kah wang derma tersebut dibelanjakan?






Walaupun pada asalnya DAP memohon derma dengan alasan untuk membiaya Impian Sarawak, tapi dalam kenyataan berlainan, DAP jugalah yang menafikan wang derma tersebut digunakan untuk membiaya Impian Sarawak.






Siapakah yang tertipu sebenarnya? lihat petikan dibawah.













Penyokong DAP memang pemurah untuk menghulurkan derma, malah setiap kali ceramah DAP tidak pulang dengan tangan kosong.






Sepertimana pemimpin DAP yang terkenal dengan plakad mempersoal “Mana RM2.6 Billion”, penyokongnya dan orang ramai juga ingin tahu, berapakah jumlah kutipan tabung derma setiap ceramah DAP?






Petikan dibawah menyatakan anggaran kutipan derma yang diterima DAP setiap kali berceramah;


















Sejarah ceramah DAP dapat mengumpul RM50,000 untuk satu malam di satu lokasi. Pada setiap musim pilihanraya, DAP mula berkempen sebulan lebih awal dari tarikh sasaran pilihanraya. Jika tersasar, tempoh kempen berlanjutan sehingga tarikh pengundian sebenar.






Pada malam pertama kempen, sebanyak RM10,000 kutipan derma untuk bandar utama seperti Kuching, Sibu dan Miri.






Tempoh berkempen adalah selama 10-12 hari. Anggaran pendapatan derma (seluruh Sarawak) dalam tempoh tersebut mencecah RM2,500,000.00 (RM2.5 juta) untuk tempoh 5 tahun kebelakangan ini sejak tahun 2011 ! Dan ia termasuk jumlah kutipan derma semasa ‘Kopitiam Talk’ sebulan sebelum tarikh sasaran pengundian.






Dalam masa sebulan sebelum tarikh sasaran pengundian, DAP mengadakan ceramah berbentuk ‘Kopitiam Talk’. Kutipan semalam mencecah purata RM1,000 untuk satu malam pada satu lokasi.






Biasanya DAP tidak mengumum jumlah kutipan untuk setiap ceramah,; cuma mengumumkan untuk ceramah tertentu sahaja.






Apakah yang DAP sembunyikan, kemana perginya RM2.5 juta yang DAP kumpul selama aktif berceramah?






Ini pun tetap mencipta persoalan, kemana kah wang itu dibelanjakan?






Jika melihat kepada derma secara online yang diterima DAP, jumlahnya memang cukup lumayan.













DAP Sarawak pernah mengumumkan kutipan derma online untuk satu malam sahaja ialah RM159,601.00 (RM159.6 ribu).






Ia adalah sumbangan semasa perasmian pertama kali Projek Impian Sarawak di Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2013.






Namun anggaran terendah derma online DAP dari tahun 2011 sehingga 2016 ialah sebanyak RM500,000.00 (RM5 ratus ribu).






Menariknya semua sumbangan secara online disalurkan ke akaun DAP Malaysia, iaitu DAP pusat. Bukannya ke akaun DAP Sarawak!






'Projek mimpi' anjuran DAP Malaysia bukan sahaja untuk Sarawak, tetapi juga berkembang ke negeri lain seperti Impian Kelantan, Impian Sabah dan lain-lain.






Ini bermakna kutipan derma dari orang Sarawak, tidak semestinya untuk bantu Sarawak. Malah DAP tidak mempunyai sistem untuk mengesan wang derma dari negeri mana.






Semua wang derma untuk projek negeri lain juga disalurkan ke akaun DAP pusat, lalu kemana kah wang tersebut digunakan?




Dibawah ini pula menunjukkan DAP ada membuka satu akaun khas untuk penderma dari luar negara dan ia juga ditujukan ke akaun DAP Malaysia-bukan ke akaun DAP Sarawak!













Berapa pula jumlah kutipan derma Fund Raising Dinner (FRD) DAP? mari kita lihat











Tiket yang dijual semasa FRD bernilai RM700 (1 meja) sehingga RM 6,000.00 satu meja!






Kutipan Fund Raising Dinner (FRD) untuk malam pertama pelancaran Impian Sarawak ialah sebanyak RM 322,997.00 !



Tapi maklumat dalaman mengatakan DAP mengutip setinggi RM 3,000,000.00 (RM3juta) hasil dari sumbangan pembelian meja dan kutipan derma meja ke meja untuk majlis Fund Raising Dinner dari tahun 2011 sehingga sekarang.(jumlah termasuk kutipan derma untuk pilihanraya).


















Berapakah kos projek Impian Sarawak dari 2013 hingga 2016?






Menurut DAP, sejumlah 60 projek Impian Sarawak telah dibuat sejak penubuhannya pada 10 September 2013.






DAP sentiasa mengatakan mereka telus dalam kewangan; tetapi menjadi persoalan kemana perginya semua wang derma untuk projek tersebut?






Jawapan DAP amat mudah: “Semuanya kami belanjakan untuk membantu rakyat dalam projek Impian Sarawak. Kami ada memaparkan semua kos perbelajaan itu di laman web Impian Sarawak”






Beranikah DAP menjelaskan berapa kos keseluruhan 60 projek Impian Sarawak?


















Sejak tahun 2013 sehingga 2016, DAP cuma ada memaparkan perbelanjaan yang tidak lengkap untuk 14 projek sahaja dan ianya untuk sehingga 2014!













Sebanyak 14 projek bernilai RM444,973.03 dari tahun 2013 sehingga 2014, purata nilai untuk satu projek adalah RM 31,783.79.






DAP menganggap projek yang nilainya melebih RM20,000.00 adalah satu projek yang melebihi peruntukan kos sebenar.






Jadi, anggaran kos untuk 60 projek Impian Sarawak sehingga 2016 ialah sebanyak RM1,907,027.29 (RM1.9juta).










Kemana kah perginya baki RM4.09 juta?


Tunggu!!






ADAKAH PENDEDAHAN INI SUDAH TAMAT? SUDAH PASTI BELUM KERANA ANDA PERLU TAHU SATU LAGI SUMBER DANA DAP YANG TELAH LAMA MENJADI PERTIKAIAN AHLI SERTA PIMPINAN DAP !










MASIHKAH ANDA INGAT DENGAN ORANG INI?


Mendiang Wong Ho Leng merupakan bekas pengerusi DAP Sarawak yang bekerja keras dalam parti sehingga beliau meninggal dunia disebabkan barah otak.






Selepas pemergian beliau, isterinya Irene Chang mengecam tindakan DAP yang dianggap sambal lewa semasa suaminya sedang sakit.






Malah isterinya dalam satu portal mendedahkan satu jumlah wang sumbangan dari Persatuan Peniaga Foochow (Sibu) untuk membantu DAP dalam urusan pilihanraya sibu 2010 dan PRN Sarawak ke 10 (2011).





She further said, “During the Sibu by-election and the Sarawak State election last year, we used up almost all of our personal savings of RM700,000 for campaign expenses as there was very little support from DAP HQ. Then we begged the Foo Chow clansmen and businessmen for donations and financial aid and we managed to raise over RM10 million from friends, relatives and well-wishers…I think we probably spent about RM4 million from that amount but the rest seemed to have been transferred from DAP Sarawak and disappeared into the party coffers in DAP HQ and we have no access to the funds…And now Wong is sick and we need money for his medical treatment and all that Guan Eng can say or do is that the party will support us morally and help service the constituency…Where is the humanitarian support to us in this time of difficulty? Not a single sen coming out from the party after all that we have done and achieved for the party. Shame on you Guan Eng.”





Kenyataan portal itu dinafikan oleh Irene sendiri. Secara tiba-tiba beliau menafikan DAP tidak membantu.










David Wong juga menafikan kenyataan didalam portal yang sama…










Dengan penafian itu, maka DAP merasa selamat kerana mereka telah berjaya menenangkan keadaan isteri mendiang WHL dan rahsia sebenar tidak pecah.






Namun setelah disahkan oleh sumber dalaman, dan dikaji semula 2 penafian akhbar oleh Irene dan David, masing-masing cuma menafikan isu DAP bantu atau tidak (kebajikan DAP terhadap WHL ketika sakit).






Fakta yang muncul ialah kedua-dua mereka tidak menafikan wujudnya jumlah wang masuk sebanyak RM10juta dari persatuan peniaga foochow sibu.






Menurut Irene (dalam portal), RM4juta telah digunakan manakala baki RM6juta telah dipindahkan ke akaun DAP Pusat (HQ) selepas selesainya PRN Sarawak ke 10 (2011).






Persoalan yang sering bermain di bibir ahli serta penyokong DAP Sarawak sehingga tahun 2014 ialah kemana perginya baki RM6juta wang sumbangan tersebut? Isu tersebut semakin dilupakan oleh ahli DAP kerana sejak 2014 DAP mengaburi isu tersebut dengan projek Impian Sarawak.






DAP juga mengaburi isu tersebut dengan mempersoal isu 1MDB serta RM2.6billion sehingga penyokongnya lupa kemana perginya wang baki tersebut.






Satu persatu ahli kuat DAP mula keluar parti!






Isu status ROS tidak sah pada tahun mesyuarat CEC DAP tahun 2012 sebenarnya ada berkaitan dengan rasa tidak puas hati ahli DAP dengan corak kewangan DAP.






Dengan bantuan maklumat bekas ahli DAP, mari kita kira, berapa sebenarnya jumlah wang DAP lesap entah kemana:




Kira-kira berikut adalah berdasarkan maklumat dan anggaran yang ada. Ini tidak termasuk usaha-usaha pengumpulan dana lain yang diluar pengetahuan awam dan ahli.











MANA BAKI RM 10,092,972.71 ?






DAP sering beri alasan mereka tidak dapat bantu rakyat sepenuhnya kerana mereka belum jadi kerajaan.






Tetapi apa yang terjadi di sebalik alasan itu ialah mereka menyembunyikan fakta kehilangan RM10 juta !






Belum jadi kerajaan sudah songlap RM10 juta?






Baru-baru ini Chong umum buka lagi satu tabung derma khas untuk PRN Sarawak 2016, sasaran DAP Sarawak ialah RM1 juta atau lebih!






Namun persoalan masih lagi ingin tahu kemana kah perginya wang RM10 juta hasil kutipan derma?






Itu belum lagi termasuk kutipan derma dari akaun antarabangsa, beranikah DAP dedahkan?






Dimana baki RM10 juta, kemana perginya wang tersebut?

HELIKOPTER BAWA NORIAH KASNON DAN WAN MOHAMAD KHAIRIL ANUAR BELUM DITEMUI



Operasi mencari dan menyelamat helikopter yang hilang petang semalam akan ditumpukan mulai dari Sri Aman, Simunjan hingga ke lokasi asalnya di Betong.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata pelbagai agensi akan bekerjasama dalam gerakan itu, termasuk Jabatan Penerbangan Awam (DCA), tentera dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Bercakap dalam sidang media di Kuching malam tadi

Muhammad Sabtu berkata polis belum dapat mengesan lokasi helikopter berkenaan dan gerakan akan diatur mulai jam 6 pagi nanti.

“Malam ini (polis belum) dapat lokasi (tepat) pesawat dan (gerakan mencari) akan diatur pada jam 6 pagi. Sekurang-kurangnya lebih dari seratus tenaga yang akan dikerah (menyertai operasi berkenaan).

“Kalau tanya (situasi pada) malam (ini) saya tak dapat beri jawapan yang positif,” katanya.

Beliau juga meminta orang ramai tidak mempercayai khabar angin yang kononnya mendakwa ada pesawat udara membuat pendaratan kecemasan di beberapa lokasi.

"DCA sahkan tidak mengesan sebarag helikopter membuat pendaratan di Sarawak," katanya.

Identiti belum disahkan

Muhammad Sabtu menjelaskan helikopter berkenaan membawa lima penumpang serta seorang juruterbang. Seorang daripada penumpang itu ialah pengawal peribadi.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan identiti penumpang dalam pesawat berkenaan.

“Untuk penumpang saya tidak dapat beri pengesahan (buat masa ini). Apabila polis dapat pengesahan (barulah) identiti (mereka) diberitahu,” katanya.

Petang tadi sebuah helikopter dinaiki enam orang, termasuk seorang timbalan menteri, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari Betong ke Kuching.

Borneo Post melaporkan, salah seorang penumpang ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya, serta Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Noriah adalah anggota parlimen Sungai Besar manakala Wan Mohammad Khair-il Anuar anggota parlimen Kuala Kangsar.

Turut berada dalam pesawat sama ialah Ketua Pengarah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri.




DCA pula mengesahkan operasi mencari operasi menyelamat telah dilancarkan.

Bernama menyatakan helikopter berkenaan berlepas dari Betong pada jam 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching kira-kira jam 5 petang.

Helikopter Eurocopter AS350 itu dikendalikan sebuah syarikat tempatan.


Khamis, Mei 05, 2016

TIGA KALI BERNAMA DIFITNAH

KEMAMAN, 4 Mei (Bernama) -- Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) terus menjadi mangsa penyebaran berita palsu berkaitan politik Terengganu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Dalam tempoh hampir dua bulan sejak Mac lalu, Bernama telah membuat tiga laporan polis, terbaru membabitkan berita bertajuk 'UMNO Terengganu Berdepan Laluan Sukar Hadapi Pilihan Raya-Veteran'.

Ketua Biro Bernama Terengganu Zalina Maizan Ngah berkata beliau membuat laporan tersebut di Balai Polis Kerteh pada pukul 5.46 petang ini dan kes akan dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Ini merupakan kali ketiga Bernama menjadi mangsa fitnah dengan penyebaran berita palsu yang melibatkan politik di negeri ini. Saya yakin bahawa ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk mengadu domba dengan menyiarkan berita sensasi bagi mencetuskan perasaan tidak puas hati sesetengah pihak.

"Tindakan menjadikan Bernama sebagai sumber berita adalah salah dan ia perlu ditangani supaya tidak berlaku kekeliruan kepada pembaca kerana ia telah menjadi viral menerusi aplikasi WhatsApp," katanya di sini hari ini.

Zalina berkata penyebaran berita palsu ini mengaitkan beberapa tokoh UMNO seperti bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Bakar, bekas Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri, bekas Ketua UMNO Bahagian Dungun Datuk Rosli Mat Hassan dan bekas Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

"Saya dimaklumkan mengenai berita palsu ini kira-kira pukul 1.20 tengah hari. Apabila saya merujuk menerusi rekod berita kami, memang tiada berita sedemikian dan selepas ia menjadi viral, saya telah dihubungi oleh beberapa pegawai dari Pejabat Menteri Besar bagi mendapatkan kesahihanannya.

"Penulisan sedemikian telah menimbulkan perasaan tidak puas hati sesetengah pihak namun saya bersyukur kerana setelah memberi penjelasan bahawa ia adalah berita palsu, mereka dapat menerimanya dengan baik," katanya.

Pada 11 Mac lalu, Zalina Maizan membuat laporan polis pertama berkaitan artikel bertajuk 'Rosli Sedia Jadi Penggerak Puteri UMNO Terengganu' dan pada 20 April lalu, laporan polis kali kedua dibuat berkaitan artikel 'PAS Terengganu Siap Sedia Hadapi Pilihan Raya Negeri'.

Zalina Maizan berkata beliau amat berharap agar perbuatan tersebut dapat dikesan oleh SKMM secepat mungkin kerana individu yang melakukannya sudah semakin berani dan sentiasa muncul di saat keadaan semasa Terengganu telah tenang daripada krisis.

"Ia bagaikan sengaja ditimbulkan dan pada pendapat saya, pihak ini sengaja menjadikan Bernama sebagai sumber berita bagi meraih perhatian seolah-olah ia berita rasmi. Saya membuat laporan ini bagi menjaga reputasi Bernama sebagai agensi berita yang dihormati dalam dan luar negara," katanya.

-- BERNAMA

ADENAN BERJAYA BAWA PEMBAHARUAN KATA SALLEH

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem merupakan wadah bagi penduduk Sarawak dan telah berjaya membawa pembaharuan penting kepada negeri ini walaupun hanya baru dua tahun memimpin kerajaan negeri.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata sejak mengambil alih sebagai ketua menteri pada 28 Feb 2014, pihak pembangkang sendiri terpaksa mengakui bahawa Adenan telah melaksanakan tugasnya dengan baik.

"Anda boleh lihat daripada kempen pilihan raya Sarawak bahawa tidak banyak yang pembangkang boleh kritik mengenai Adenan," katanya dalam catatan blog sskeruak.blogspot.my, hari ini.

Salleh berkata adalah jelas bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan sokongan penuh terhadap Adenan dan memperakui semua usaha ketua menteri.

"Adenan ialah wadah bagi penduduk Sarawak dan yang paling penting perdana menteri turut
mendengar.

"Ini memberikan pengundi Sarawak keyakinan bahawa Najib dan Adenan adalah sebuah pasukan yang baik, seorang di persekutuan dan seorang lagi di negeri, dan bahawa Barisan Nasional akan mampu memberikan apa yang Sarawak mahukan," katanya.

Sambil menarik perhatian kepada kelebihan Adenan, Salleh berkata ketua menteri itu telah memperkenalkan banyak dasar baharu, yang dianggap amat penting bagi Sarawak atau penduduk Sarawak, dan yang paling utama dasar 'Anak Sarawak'.

"Dasar ini menegaskan kesaksamaan bagi semua penduduk Sarawak tanpa mengira kaum etnik dan agama. Tiada lagi terdapat perkataan 'lain-lain' sementara Cina yang lahir di Sarawak tidak dikategorikan sebagai pendatang.

"Isu ini sahaja telah menjadi perbalahan ramai rakyat Malaysia sejak lama dulu dan Adenan telah dapat menyelesaikan perkara itu," katanya.

Satu lagi isu perbalahan yang Adenan mahu ia diselesaikan ialah pengiktirafan terhadap sekolah Cina dan Sijil Peperiksaan Bersepadu bagi pinjaman pendidikan Yayasan Sarawak serta kemasukan ke dalam perkhidmatan awam.

Salleh menambah kata sekolah-sekolah persendirian Cina menerima RM3 juta bantuan kerajaan dalam 2014, RM4 juta tahun lepas dan telah dinaikkan kepada RM5 juta tahun ini.

Sarawak mengurangkan kadar elektrik dan kadar tambang perkhidmatan feri serta menghapuskan bayaran tol jambatan Lanang dan Baram sementara tiada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikenakan terhadap perkhidmatan majlis perbandaran, katanya.

"Sarawak tidak lagi mengeluarkan lesen balak dan perladangan sementara lesen pembalakan sementara telah dibatalkan atau tidak lagi diperbaharui.

"Lebih 30 kilang papan yang mengendalikan pembalakan haram telah ditutup dan 10 peratus tanah hutan akan dijadikan taman-taman negara," katanya sambil menarik perhatian bagaimana seriusnya Adenan mengenai pemuliharaan hutan.

Mengenai hak tanah adat yang dianggapnya isu amat sensitif, Salleh berkata Sarawak sedang menambahkan tanah komunal sementara dalam masa yang sama mengiktiraf tanah Hak Adat Bumiputera.

Beliau berkata untuk mencapai kejayaan terhadap usaha ini, Sarawak mengadakan tinjauan perimeter dan kaji selidik individu untuk membolehkan tanah itu didaftarkan.

Negeri ini juga membuka peluang bagi kaum Bumiputera untuk membangunkan tanah mereka atas dasar komersial sementara pindaan terhadap Kanun Tanah Sarawak membolehkan Bumiputera Sarawak memperoleh tanah NCR di luar kelompok masyarakat mereka.

"Ini merupakan beberapa perkara daripada banyak perubahan di Sarawak sejak dua tahun lepas apabila Adenan mengambil alih jawatan sebagai ketua menteri.

"Penduduk Sarawak secara umumnya amat gembira dengan pembaharuan ini dan kebanyakan mereka berpendapat bahawa Barisan Nasional patut diberikan lima tahun lagi untuk menyaksikan apa lagi yang Adenan boleh lakukan untuk Sarawak dan bagi penduduk Sarawak."

Salleh berkata kebanyakan penduduk Semenanjung tidak berapa kenal siapa Adenan kerana beliau selama ini memang menjalani kehidupan yang sederhana dan tidak terlalu menonjol diri sepanjang karier politiknya.

"Hanya dua tahun memegang tampuk kepimpinan negeri, ramai orang, malah dari Semenanjung juga kini memahami kenapa Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Tun Razak melantik beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak," katanya.

Hari ini, ramai yang berkata Najib tidak mungkin membuat pilihan yang lebih baik daripada itu, katanya.

-- BERNAMA

Selasa, Mei 03, 2016

ANTARA PAS DAN AMANAH:SIAPA LEBIH POPULAR DI SARAWAK?

KUCHING, 1 Mei (Bernama) -- Percaturan PAS dan parti serpihannya, Parti Amanah Negara (Amanah) bukan sahaja sekadar menambat hati pengundi Sarawak malah lebih kepada saingan populariti antara kedua-dua parti semenanjung itu.



Pilihan raya negeri Sarawak ke-11 (PRN-11), 7 Mei ini, menjadi medan berkecuali bagi kedua-dua parti itu menentukan siapa antara mereka lebih popular berdasarkan undi yang diperoleh dalam 24 kerusi yang ditandingi PAS-Amanah.

Banyak pihak dan pemerhati politik berpendapat kedua-dua parti itu tidak releven dalam senario politik Sarawak malah kehadiran di Bumi Kenyalang lebih bersifat ego sesama sendiri.

Langkah PAS menggandakan kerusi yang ditandingi serta penampilan sulung Amanah pada pilihan negeri kali ini tidak harus dilihat dari segi memperjuangkan kepentingan rakyat Sarawak semata-semata.

Malah, sebarang pencapaian kedua-dua parti itu akan menentukan hala tuju dan penerimaan rakyat terhadap parti berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

Pada PRN-11, PAS meletakkan 11 calon berbanding lima pada pilihan raya negeri 2011 dan Amanah membuat penampilan sulung di sini dengan kehadiran 13 calon di kawasan majoriti Melayu-Melanau.

Kedua-dua parti berkenaan akan bertembung di enam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Samariang, Kakus, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro,

Selain enam kerusi itu, PAS turut bertanding kerusi DUN Pantai Damai, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

Amanah juga bersaing di kerusi DUN Demak Laut, Gedong, Kuala Rajang, Semop, Daro, Jemoreng dan Balingian.

Pada PRN 2011, PAS bertanding di lima kawasan - Tanjong Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro, namun gagal memenangi sebarang kerusi.

Berdasarkan hasil kajian dan tinjauan, penganalisis politik berpendapat kedua-dua parti itu sukar untuk memenang walaupun satu kerusi berikutan tahap fahaman ideologi yang dibawa oleh mereka masih rendah.

Di samping itu, mereka berkata populariti Ketua Menteri, Adenan Satem merangkap Pengerusi BN Sarawak, melonjak kepada lebih 80 peratus, sekali gus meningkatkan cabaran PAS-Amanah untuk menembusi kuat kuat BN.

Bagaimanapun, mereka tidak menolak kemungkinan PAS menerima peratusan undi yang lebih tinggi daripada sebelum ini kerana undi bantahan terhadap calon BN.

Pensyarah sains politik, Universiti Malaya, Prof. Madya Dr Awang Azman Awang Pawi memberitahu Bernama bahawa kedua-dua parti pembangkang itu mempunyai peluang memperoleh undi tambahan kerana "janji-janji yang tidak dipenuhi oleh penyandang calon BN".

"Ia tidak bermakna PAS lebih diminati tetapi pengundi rasa suara mereka tidak cukup didengar...sebab itu mungkin sebilangan kecil pengundi membantah.

Beliau turut berkata pertembungan kedua-dua parti itu boleh memecahkan undi dengan BN memperoleh kelebihan.

Dalam pada itu, penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis berkata jumlah kerusi yang ditandingi oleh kedua-dua parti itu tidak masuk akal, sebaliknya, hanya menumpukan kepada dua atau tiga kerusi sahaja.

Keluasan kawasan pilihan raya di Sarawak dan sumber yang terhad menyukarkan peluang kedua-dua parti semenanjung itu malah kerusi yang mereka bertanding merupakan kubu kuat BN, katanya.

-- BERNAMA

Isnin, Mei 02, 2016

ADA HIKMAH DAN PENGAJARANNYA KATA RAZIF

KUALA TERENGGANU, 1 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman menjunjung kasih atas perkenan Sultan Mizan Zainal Abidin untuk beliau terus melaksanakan tugas sebagai ketua pentadbir negeri.

"Syukur...saya yakin apa yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya", kata Ahmad Razif susulan pengesahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau kekal sebagai Menteri Besar Terengganu.

Dalam kenyataan media hari ini, Ahmad Razif berkata beliau turut bersyukur di atas segala nikmat dan kurniaan yang diberikan Allah serta berterima kasih kepada Najib di atas kepercayaan yang diberikan terhadapnya.

"Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi kepercayaan terhadap saya serta komitmen yang diberikan oleh beliau dalam menyelesaikan isu yang melanda negeri ini sejak minggu lalu.

"Segala spekulasi serta tanggapan yang dibuat sepanjang minggu lalu telahpun terjawab pada hari ini melalui pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri.

"Oleh itu, saya menyeru kepada semua kepimpinan negeri Terengganu untuk terus bergerak ke hadapan dan berjuang untuk negeri dan rakyat demi kesejahteraan semua," katanya.

Sebelum ini timbul pelbagai spekulasi mengenai kedudukan Ahmad Razif apabila Sultan Mizan melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada beliau berkuat kuasa Jumaat, 22 April.

Najib semalam berkata Ahmad Razif kekal sebagai Menteri Besar Terengganu dan keputusan itu dibuat selepas beliau menghadap Sultan Terengganu semalam membincangkan isu mengenai kedudukan Menteri Besar.

Ulasan saya, memang betul kata Razif ada hikmah dan pengajarannya. Sepanjang sembilan hari berlaku kemelut ini Razif dapat mengenal siapa kawannya yang sejati. Belum apa apa sudah ramai yang berangan menjadi MB baharu. Para penyokong sibuk menghantar biodata bakal MB masing masing dalam whatsapp grup.

Yang lucunya ada juga yang sudah buka bilik gerakan. Begitu ramainya yang mahu melihat Razif jatuh. Tetapi syukurlah Sultan Terengganu hanya melucutkan gelaran Razif sahaja dan bukannya melucutkan jawatan MB.Maka Razif kekal sehingga PRU yang akan datang.

Dalam tempoh dua tahun ini, Razif jadi MB tanpa Dato Seri. Memanglah janggal MB tak ada gelaran tapi itulah yang berlaku kepada Muhammad Mohd Taib yang memulakan tugas MB Selangor tanpa gelaran. Begitu juga Azmin Ali.Oleh itu MB tanpa gelaran bukan perkara baru di negara ini.

Razif kena belajar dari insiden ini mengenalpasti siapa kawan dan siapa lawan.Berhati hatilah dengan orang yang berpura pura menyokong anda. Dalam pada itu anda perlu buang orang yang menulis teks ucapan anda di majlis 22 April yang menyebabkan tuanku murka. Jika anda tidak buang orang tersebut,mungkin selepas ini anda menjadi mangsa lagi.

Ahad, Mei 01, 2016

RATING TERTINGGI BAGI BULAN APRIL 2016

Seperti biasa pembaca blog ini terdiri dari rakyat Malaysia yang berada dalam negara ini dan di luar negara seprti di Amerika Syarikat,United Kingdom, China, Taiwan dan Russia.

Rating tertinggi bagi bulan April lepas ialah:-

1. Bekas suami Sahara Yaacob beli kelab bolasepak Itali (16 April)
2.MB enggan ulas tarik balik Dato Seri (24 April)
3.Apa lagi Ahmad Said mahu? (2 April)
4.Pegawai kerajaan tak suka terima arahan Boss melalui whatsapp? (22 April)
5.DAP ambil tindakan kepada Dr Tan Seng Giaw? (14 April)
6. Jins Shamsuddin menjadi YB diluar dan di dalam filem (3 April)
7.Zaharin terima DIMP Pahang (19 April)
8.MB reda dengan titah Sultan Terengganu (26 April)
9.Pelajar Ranaco peluk Islam setelah dengar ceramah Dr Zakir (15 April)
10.PM menghadap Sultan Terengganu esok? (25 April)

BELI KELAB BOLA KERANA TERHUTANG BUDI KEPADA ITALI



Berita tentang pembelian kelab FC Bari 1908 dari Itali oleh seorang ahli perniagaan dari Malaysia, Datuk Dr. Noordin Ahmad yang tersebar pada 12 April lalu bukan membuatkan sebahagian besar rakyat Malaysia terkejut kerana tidak mengenali langsung beliau.


Persoalan yang bermain dalam minda mereka ialah “siapa Noordin?”

Kalau Tan Sri Vincent Tan yang membeli Cardiff City dan Tan Sri Tony Fernandes yang memiliki Queens Park Rangers memang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Namun, ia bukanlah sesuatu yang pelik. Sejak kebelakangan ini, banyak ahli perniagaan dari Asia membeli kelab-kelab bola sepak di Eropah terutama di Liga Perdana Inggeris.

Selain merungkai siapa Noordin, Rencam minggu ini memaparkan tentang bilionair Asia yang menjadi tauke kelab-kelab bola sepak di Eropah.



Pemilik FC Bari 1908, Datuk Dr. Noordin Ahmad adalah seorang lelaki misteri bagi sebahagian besar rakyat negara ini. Ahli perniagaan dari Malaysia yang tidak dikenali ramai tiba-tiba dilaporkan membeli sebuah kelab Serie B pada harga 12 juta euro (RM52.82 juta) pada 4 April lalu.

Selain berasa bangga, sudah tentu berita itu menyebabkan ramai terpinga-pinga dan lebih ingin mengetahui siapakah Noordin dan perniagaan apakah yang dijalankan sehingga mampu membeli sebuah kelab bola sepak Eropah.

Menurut portal berita Bari Repubblica, Duta Itali di Kuala Lumpur, Mario Sammartino memberitahu, tidak ada kerajaan dari Asia Tenggara yang berminat melabur di Apulia. Beliau juga tidak mengetahui sekiranya Malaysia mempunyai sebarang perancangan pelaburan di Itali.

Setakat ini, tidak banyak maklumat tentang Noordin yang diketahui. Berdasarkan beberapa laporan berita sebelum ini, beliau dilahirkan di Pulau Pinang pada 23 Oktober 1957 dan membesar di Manjoi, Ipoh, Perak. Noordin pernah belajar bersama beberapa pemimpin negara ketika memasuki Maktab Tentera Diraja (MTD) pada 1972.

Ketika belajar di MTD, Noordin memberitahu beliau merupakan kapten pasukan ragbi dan pernah menjadi juara sukan tinju. Beliau yang memiliki ijazah dalam jurusan perniagaan dan kewangan, merupakan pengasas Malaysia France Institute yang kini dikenali sebagai Universiti Kuala Lumpur. Noordin pernah bekerja dengan Finmeccanica iaitu sebuah syarikat Itali di Malaysia selama 20 tahun. Beliau adalah seorang ahli perniagaan berjaya yang terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan termasuk minyak dan gas, hartanah, perlombongan dan sistem pertahanan.

Lelaki kaya yang merendah diri dan pemurah itu, dilaporkan mempunyai 11 adik-beradik, tujuh anak dan empat cucu. Beliau juga adalah sahabat baik kepada Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa.

Dalam sidang akhbar pertamanya sebagai pemilik kelab itu, Noordin menceritakan bahawa beliau membeli FC Bari 1908 kerana berasa terhutang budi dengan Itali. Semasa bercuti di Rom, Itali pada Disember lalu, beliau mengalami serangan jantung yang sangat serius tetapi doktor Itali telah menyelamatkannya.

Langkah pertama yang diambil oleh beliau bagi membalas budi Itali ialah dengan melabur di sebuah butik fesyen milik pereka fesyen muda Itali, Louis de Bourbon. Beliau kemudian membeli kelab FC Bari 1908 pula.

Selain membalas balas budi Itali, langkah tersebut didorong oleh kekecewaannya terhadap prestasi skuad Harimau Malaya yang sekadar seri 0-0 dengan Macau dalam perlawanan persahabatan pada 29 Mac lalu.

Noordin merancang untuk membantu FC Bari 1908 yang kini berada di tangga ketiga Serie B untuk layak ke Serie A pada musim depan dan menjadi pasukan hebat dalam Serie A dalam tempoh lima tahun akan datang. Beliau juga mahu membawa pelaburan dari Malaysia bagi membantu kelab tersebut, termasuk bekerjasama dalam pembangunan bakat bola sepak di Asia dan khususnya di Malaysia dengan bantuan FC Bari 1908.

Sabtu, April 30, 2016

ADENAN PERLUKAN MANDAT BESAR UNTUK RUNDING AUTONOMI

KUCHING, 29 April (Bernama) -- Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem menggesa semua rakyat Sarawak memberikannya mandat yang 'besar dan kukuh' pada pilihan raya negeri akan datang bagi merealisasikan semua inisiatif yang beliau rancang dan dilaksanakan untuk rakyat dan negeri itu.

Katanya beliau mahu 'mewakili seluruh Sarawak' apabila berunding dengan kerajaan Persekutuan mengenai perkara-perkara seperti autonomi dan perkongsian hasil minyak.

Dalam temu bual dengan Bernama TV di sini hari ini, beliau berkata mandat yang ada pada masa ini diturunkan kepadanya oleh bekas ketua menteri, Tun Abdul Taib Mahmud yang meletak jawatan selepas 33 tahun mentadbir negeri itu.

"Dua tahun tidak cukup untuk memenuhi janji-janji saya kepada rakyat. Jadi, saya fikir lima tahun lagi adalah munasabah. Sekarang, saya mahu mandat saya sendiri supaya boleh bertindak mengikut acuan saya," kata Adenan.

"Jika saya mempunyai mandat yang besar dan kuat, saya berani berdepan dengan KL dan berkata 'dengar sini, saya mewakili seluruh Sarawak'. Malah, jika saya mempunyai mandat yang sangat

lemah, mereka tidak ambil peduli untuk mendengar saya'," katanya.

Adenan juga berkata satu lagi sebab beliau memerlukan mandat yang besar adalah untuk memastikan Barisan Nasional (BN) kuat di Sarawak, sekali gus tidak menggalakan parti-parti politik dari semenanjung Malaysia daripada masuk dan mengembangkan pengaruh mereka di negeri ini.

Bagi UMNO, katanya, BN Sarawak telah memujuk parti itu supaya tidak masuk ke Sarawak.

"Saya bercakap dengan PM (Perdana Menteri) mengenai perkara ini dan mereka tidak berhasrat untuk membuka cawangan mereka di Sarawak. Mereka boleh membantu dalam pilihan raya tetapi tidak boleh menubuhkan cawangan tetap seperti DAP, PKR atau Amanah," kata Adenan.

Beliau berkata 'orang UMNO' fahamn bahawa mereka tidak perlu di Sarawak kerana Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) mempunyai objektif yang sama untuk memperjuangkan kepentingan kaum Bumiputera.

"Mungkin sudah ada UMNO di sini tetapi hanya nama adalah berzea," katanya.

Mengenai larangan terhadap beberapa pemimpin dan aktivis dari semenanjung Malaysia, Adenan berkata ia bagi mengelak kelompok fanatik, pelampau dan watak-watak yang tidak baik daripada memasuki negeri itu dan menimbulkan kekacauan semasa pilihan raya.

"Dalam pilihan raya sebelum ini, orang-orang seperti ini datang dan menimbulkan masalah. Jadi saya kata 'tidak'. Saya bukan sahaja mengharamkan pemimpin (tertentu) pembangkang tetapi juga (beberapa) orang UMNO," katanya sambil menolak dakwaan ia adalah untuk melemahkan pembangkang.

Beliau berkata rakyat tidak harus terpedaya dengan dakwaan pemimpin pembangkang bahawa mereka hanya mahu menafikan majoriti dua pertiga BN Sarawak.

Sebaliknya, katanya, 71 kerusi yang ditandingi oleh pembangkang kali ini jelas membuktikan mereka sebenarnya mahu membentuk kerajaan akan datang.

Adenan, yang menganggap menarik sokongan pengundi Cina di kawasan bandar sebagai cabaran utama dalam pilihan raya kali ini, berkata beliau memerhatikan terdapat beberapa pergerakan kembali ke BN sejak 2011.

"Mungkin kerana perubahan dalam kepimpinan...saya tidak tahu. Tetapi ada perubahan sikap yang jelas. Ini adalah persoalan sama ada ia memadai atau tidak kerana DAP menang dengan majoriti besar di banyak kerusi pada 2011," katanya.

Laporan berita terutama dalam portal propembangkang bahawa kempen pembangkang terus menerima sambutan dingin adalah satu petanda baik bagi BN, kata Adenan.

Beliau berkata masyarakat Cina perlu membuat pilihan sama ada mereka mahu berada dalam atau di luar kerajaan.

"Jika mereka mahu berada di luar kerajaan, mereka akan undi DAP. Jika mereka mahu sertai kerajaan, maka mereka mengundi calon keturunan Cina yang menggunakan simbol BN," katanya.

Katanya jika tiada calon Cina dari BN menang, maka kerajaan diwakili oleh Bumiputera dan Cina berada dalam pembangkang.

"Ini akan timbul satu keadaan yang tidak sihat," katanya.

-- BERNAMA

Jumaat, April 29, 2016

DAP YAKIN BN MENANG,JADI JANGAN SIA SIAKAN UNDI ANDA

KANOWIT, 28 April (Bernama) -- Kepercayaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa Barisan Nasional (BN) sekali lagi akan membentuk kerajaan negeri selepas pilihan raya negeri 7 Mei ini harus menjadi motivasi yang cukup bagi rakyat Sarawak memilih semua calon BN.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata oleh itu mereka tidak harus mensia-siakan undi mereka dengan memberi kepada calon pembangkang atau calon Bebas.

"Pengesahan oleh Kit Siang menunjukkan bahawa DAP mengakui rakyat memberi sokongan padu kepada BN.

"Jadi mengapa memberi undi anda kepada parti politik atau kumpulan serpihan yang tidak boleh membentuk kerajaan?, " katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat di Kuil Fung Chin Kung di Pedai, dekat sini, hari ini.

Pada hakikatnya, katanya, DAP dan sekutunya PKR bertembung sesama sendiri dalam sekurang-kurangnya enam kerusi kerana gagal mencapai kesepakatan dalam peruntukan agihan kerusi pada pilihan raya ini.

"Mereka berjuang demi kepentingan parti sendiri dan oleh itu, sekiranya mereka menang, mereka tidak dapat membentuk sebuah kerajaan yang kuat dan stabil," katanya.

Sebaliknya, Salleh berkata BN adalah sebuah gabungan yang mampu membawa pembangunan dan pembaharuan serta menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat.

"Jadi mengundi calon BN di kawasan anda jika ingin suara lantang dalam kedua-dua kerajaan negeri dan persekutuan untuk mendengar dan menyelesaikan masalah anda," katanya.

Sementara itu, mengulas slogan DAP untuk perubahan, Salleh berkata Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem telah melaksanakan 53 dasar-dasar transformasi untuk kemakmuran rakyat negeri ini.

"Tidak ada keperluan untuk DAP menggesa rakyat Sarawak menukar kerajaan yang sedia ada kerana ia sudahpun berada dalam tangan yang baik," katanya.

Hadir sama, calon BN Ngemah, Alexander Vincent.

-- BERNAMA

Khamis, April 28, 2016

KISAH DUA ORANG SAHABAT

Persahabatan di antara Mansor dengan Razali bermula di bangku sekolah lagi. Mereka berkawan dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah. Tetapi mereka berpisah apabila mereka masuk universiti. Mansor masuk ke UM dalam bidang ekonomi manakala Razali masuk UKM dalam bidang usuluddin.

Empat tahun kemudian Mansor menyertai sebuah badan berkanun sebagai penolong pengarah manakala Razali menjadi seorang guru agama di sebuah sekolah menengah di negeri asal mereka. Persahabatan mereka menjangkau 20 tahun apabila Mansor yang kini menjadi pengarah pengurusan sumber manusia disebut sebut akan dilantik sebagai ketua pengarah (KP)  badan berkanun tersebut menggantikan Datuk Johari yang akan bersara.

Sebagai orang lama dalam agensi itu Mansor layak menjadi KP yang baru. Apabila secara rasmi beliau menjadi KP maka Razali sahabat lamanya datang mengunjunginya. Secara kebetulan ada satu kekosongan jawatan iaitu pengarah perhubungan awam. Untuk menyuntik ruh agama dalam badan berkanun itu Mansor memerlukan orang agama seperti Razali. Apatah lagi selama ini pengurusan lepas mengabaikan semangat Islam dalam  jabatan itu.

Maka Ustaz Razali menerima jawatan yang ditawarkan oleh sahabat lamanya. Dia dipinjamkan oleh kementerian pendidikan untuk menjawat jawatan Jusa C itu manakala Mansor selaku KP adalah pegawai Jusa A.

Setahun bertugas ternyata Ustaz Razali lembab sedikit yang menyebabkan Mansor kecewa dengan prestasi sahabatnya itu. Tambahan pula pengarah pengarah lain turut merungut prestasi ustaz Razali. mansor tidak dapat mempertahankan sahabatnya lagi maka beliau menasihati sahabatnya itu kembali semula ke sekolah menengah berkhidmat sebagai guru agama.

ustaz razali menangis apabila menerima hukuman dari sahabatnya itu. apatah lagi anak anaknya sudah berpindah bersekolah di Kuala Lumpur. terpaksa kembali sekolah semula di negeri asal. Untuk meredakan kekecewaannya beliau mengadu kepada Allah setiap malam solat hajat supaya Allah membalas kepada sahabatnya itu yang telah memalukan dirinya dan keluarganya.

Tidak sampai tiga bulan selepas itu tiba tiba ustaz razali mendengar Mansor dipecat sebagai KP oleh menteri yang menjaga badan berkanun itu. beliau terkejut mendengar berita pemecatan Mansor dan beliau menangis kerana rupanya Allah mendengar rintihannya setiap malam.

"Ya Allah jika betul sahabatku sudah berubah, kau balaslah kepadanya seperti dia buat aku menangis apabila aku menerima surat pemecatanku dahulu," itu yang dirintihnya setiap malam ketika menunaikan solat tahajud dan solat hajat setiap malam. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan ingatlah bahawa kuasa itu hanya dipinjamkan oleh allah buat sementara sahaja.


Rabu, April 27, 2016

KOMITMEN NAJIB PASTIKAN BN MENANG DI SARAWAK

(sudah disiarkan dalam Berita Harian)

OLEH Shahbudin Haji Embun



Dalam permainan bolasepak, ada pasukan yang mengamalkan taktik bertahan dahulu sebelum melakukan serangan balas. Ini semua terpulang pada kebijaksaan pengurus pasukan bolasepak itu. Dan apabila pasukan lawan sudah ketandusan idea untuk terus menyerang, maka serangan balas yang dilakukan boleh memenangkan pasukan tersebut.


Begitulah lebih kurang scenario kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang begitu tenang menghadapi pelbagai tohmahan dan kini mula melakukan serangan balas untuk menutup mulut para pengkritiknya yang sudah begitu terdesak untuk terus menyerang kepimpinan beliau walaupun sudah tidak ada isu untuk dilaungkan lagi.


Musuh yang menyerang tetap menggunakan isu yang sama, sedangkan setiap isu sudah diperjelaskan dengan terang dan nyata. Rakyat juga sudah semakin yakin bahawa kepimpinan Najib akan terus membawa Malaysia keluar dari segala kepompong masalah yang membelenggu negara dan rakyat amnya.Mantan Perdana Menteri Tun Mahahir Mohamad yang dianggap paling lantang bersuara juga seperti ketiadaan idea baru apabila setiap isu yang menjadi bahan serangannya dapat dipatahkan dengan begitu berkesan sekali.


Manakala kedudukan Ringgit yang mula mengukuh pada tahun ini dan mencapai tahap tertinggi 3.8650 berbanding dolar Amerika pada 14 April yang lalu telah mengukuhkan lagi kepimpinan Najib. Situasi terbaharu ini telah menjadikan ringgit sebagai mata wang berprestasi terbaik di rantau ini. Ini merupakan peningkatan sebanyak 11 peratus yang dicatat sejak akhir 2015 dan sekaligus akan mengukuhkan kedudukan fiskal kerajaan.


Pihak pembangkang yang telah lama berteriak, seolah-olah sudah hilang suara dan masih terkial-kial untuk mencari formula baru bagi melakukan serangan terhadap kepimpinan Najib.Dan tentunya ini telah merunsingkan pihak pembangkang yang nampaknya sukar untuk mencari taktik dan agenda baru dalam Pilihan Raya DUN Sarawak yang akan diadakan pada 7hb Mei 2016 nanti.


Pihak pembangkang tidak ada kesepakatan dan ini pastinya merupakan satu tamparan kepada kumpulan ini . Senario pertandingan tiga penjuru yang bakal kita saksikan juga membuktikan lagi kegagalan pihak pembangkang untuk sama-sama sepakat dan bergerak sebagai satu alternatif bagi rakyat Sarawak.Kehebatan DAP pula hanya bertumpu di kawasan Bandar dan ini belum cukup untuk meninggalkan pengaruh yang besar dalam pilihanraya DUN Sarawak nanti.Manakala PKR, Parti Amanah Negara dan PAS masih terkapai-kapai untuk meluaskan pengaruh mereka di Sarawak, walaupun PKR berjaya menguasai 3 kerusi DUN di Sarawak pada pilihan raya sebelum ini.


Bahkan Kajian Pusat Penyelidikan PAS mendapati Barisan Nasional (BN) berkemungkinan besar akan memperoleh kemenangan yang lebih besar pada Pilihan Raya DUN Sarawak kali ini. Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi pernah menjelaskan kepimpinan Ketua Menteri,Tan Sri Adenan Satem yang baik dan disenangi ramai, akan menjadi faktor utama yang akan memberi kemenangan besar kepada kerajaan negeri hari ini. Adenan dilihat sebagai seorang ketua menteri yang “no nonsence” apabila berdepan dengan isu-isu yang sensetif seperti pembalakan haram dan rasuah di Sarawak.


Adenan sedar akan peranan yang dimainkan oleh kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh Najib. Kini Sarawak turut merasai pelbagai kemajuan dan menikmati pembangunan yang konsisten. Bahkan Adenan pernah menjelaskan

Di antara enam perdana menteri Malaysia setakat ini, Najib merupakan yang paling prihatin dan komited terhadap kesejahteraan dan pembangunan negeri Sarawak.


Komitmen kepimpinan Najib untuk melihat Sarawak terus membangun dapat dibuktikan dengan penambahan peruntukan untuk pembangunan luar bandar di Sarawak sebanyak RM1.5 bilion dalam Bajet 2016, berbanding RM1.1 bilion pada Bajet 2015.


Keakraban hubungan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri tidak perlu dipertikaikan lagi dan pastinya ini akan memudahkan negeri Sarawak untuk mendapatkan lagi banyak bantuan dan peruntukan demi membangunkandan mensejahterakan lagi rakyat Bumi Kenyalang ini.


Sungguhpun kelebihan masih berpihak pada kerajaan yang memerintah, namun Pilihan Raya DUN Sarawak 2016 boleh dianggap sebagai satu ujian yang paling mencabar untuk Adenan.Namun melihatkan pada komitmen yang ditunjukkan oleh kepimpinan Najib serta suntikan baru dari kepimpinan Adenan di Sarawak pastinya akan memberikan keyakinan kepada rakyat Sarawak untuk terus memberi mandat kepada kerajaan negeri hari ini untuk terus melaksanakan agenda pembaharuan dan transformasi yang akan terus membawa kemajuan kepada negeri Sarawak.