Menjelang perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu, bagai nak rak portal pro pembangkang Malaysiakini mempromosi perhimpunan tersebut. Sekarang apabila NGO Melayu mahu membuat Kebangkitan Rakyat di Padang Merbok pada 16 September ini, Malaysiakini menyiarkan berita yang anti kepada perhimpunan Maruah Melayu itu.
Kenapa Malaysiakini bersikap double standard. Kalau Bersih 4 boleh dianjurkan, kenapa Baju Merah tidak boleh pula. Polis tidak beri permit kepada Bersih 4, tetapi Bersih 4 terus dibuat dengan memijak gambar PM, Najib Razak dan gambar Presiden PAS, Haji Hadi Awang.
Polis juga tidak beri permit kepada Baju Merah, tetapi Baju Merah mahu adakan juga. Jadi janganlah pula salahkan polis kerana Bersih 4 tetap buat maka Baju Merah tetap buat. Biar sama sama adil. Jangan salahkan Baju Merah, jika gambar Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dipijak kerana Baju Merah nak balas dendam.
Mengumpulkan 100,000 orang Melayu pada 16 September ini bukannya untuk berperang dengan sesiapa tetapi untuk menunjukkan soladiriti orang Melayu apabila orang Cina berani berhimpun dalam Bersih 4, maka orang Melayu juga berani berhimpun dalam Baju Merah.
Kalau mereka berhimpun di Petaling Street dan Bukit Bintang, mereka bukannya mahu mencabar sesiapa tetapi mahu menunjukkan bahawa orang Melayu mampu juga berkumpul ramai. Timbalan Menteri Kewangan, Chua Tee Yong bimbang perhimpunan Baju Merah menakutkan pelabur.
Sebaliknya sewaktu Bersih 4 buat perhimpunan haram itu, Chua tidak bersuara pula. pelik juga pemimpin MCA bersuara semasa orang Melayu mahu berhimpun. Malah Presiden MCA, Liow Tiong Lai berkata Bersih 4 bukannya perhimpunan rasis sedangkan majoriti adalah orang Cina yang hadir. Kalau TPM, Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menghalang ahli Umno menyertai Baju Merah apa salahnya kerana MCA pun tidak menghalang ahli MCA menyertai Bersih 4.
Jadi apa jadahnya Malaysiakini membesarkan isu ini seolah-olah Dr Zahid merestui Baju Merah. Kalau Bersih 4 boleh berjalan secara aman tanpa provokasi maka Baju Merah juga boleh berjalan secara aman tanpa sebarang provokasi.
Justru itu biar Baju Merah berhimpun. Lepas itu bolehlah polis mendakwa mereka berhimpun tanpa permit.
Rabu, September 09, 2015
Selasa, September 08, 2015
JANGAN BONGKAK LIM GUAN ENG
Nampaknya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng begitu angkuh mencabar PAS bertanding di kerusi yang diwakilinya di Pulau Pinang, di DUN Air Putih.
Memanglah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata PAS bercadang meletakkan ahli bukan Melayu dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di kerusi yang ditandingi DAP dalam pilihan raya umum akan datang.
Tetapi PAS tidak sebodoh Lim Guan Eng meletakkan calon untuk bertanding di kerusi DAP yang menang dengan majoriti besar. Lim Guan Eng menang besar pada PRU ke 13 dengan majoriti 7,744 undi mengalahkan calon BN, Tan Ken Keong yang hanya mendapat 1,882 undi. Lim Guan Eng mendapat 9,626 undi.
Oleh itu apa yang dimaksudkan dengan kenyataan Hadi ialah PAS akan meletakkan calon yang mana DAP menang dengan majoriti kecil mengalahkan calon MCA. Sekurang-kurangnya bila PAS masuk nanti, ia dapat menarik undi orang Melayu yang tidak suka kepada calon MCA dan ia juga boleh menarik undi orang Cina yang tidak suka kepada DAP dan MCA.
Justru itu buat apa PAS bunuh diri di kerusi DAP yang menang besar. Sebaliknya PAS akan memecahkan undi orang Cina yang mana calon DAP menang dengan majoriti yang tidak selesa. PAS akan mengenal pasti kerusi ini sebelum membuat keputusan untuk bertanding.
Oleh itu Lim tidak perlu mencabar PAS meletakkan calon menentangnya kerana jika PAS berbuat demikian, PAS hanya buang duit dan buang masa sahaja.
Oleh itu Lim Guan Eng tak perlu bongkak mencabar PAS menentangnya dalam PRU akan datang.
Lim berkata beliau tidak terkejut dengan kenyataan Hadi itu, kerana pandangan ini seolah-olah selaras dengan dasar baru PAS terhadap DAP.
"Kenyataan Hadi sudah dijangka. Tetapi ini adalah demokrasi di mana semua pihak mempunyai hak untuk bertanding," kata Lim dalam sidang media di Komtar semalam.
"Jika PAS yakin, DAP akan menerima cabaran itu dengan rendah diri, kerana kita menjangka untuk meraih undi berdasarkan prestasi kami, urus tadbir yang baik dan pentadbiran yang bersih," katanya
"Kami tidak bankrap, seperti sesetengah negeri," kata ketua menteri Pulau Pinang itu.
Lim berpendapat PAS mungkin mempunyai rancangan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang menjelang 2018.
Bagaimanapun, Lim berkata, beliau tidak pasti sama ada PAS benar-benar mahu menang atau menjadi "pengacau" supaya BN dan Umno boleh menang dalam pilihan raya.
"Kami akan serahkan kepada rakyat menjadi hakim. Jika PAS benar-benar mahu bertanding di kerusi kami, saya mengalu-alukan mereka ke DUN saya di Air Putih, "katanya.
"Kita akan menghadapi mereka dengan rendah diri. Kami tidak akan ambil mudah," kata Lim.
Isnin, September 07, 2015
RAMAI KECEWA PERKAHWINAN RAJA BAHRIN TIDAK TERBATAL
Ramai ahli PAS di Terengganu kecewa apabila ahli parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrn Shah Raja Ahmad tidak perlu mengupah cina buta untuk menikah semula isterinya Noryn Aziz kerana sumpah bai'ah di Terengganu berbeza dengan sumpah bai'ah di Kelantan.
Di Kelantan, mereka yang menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) secara automatik terbubar perkahwinan mereka kerana sumpah bai'ah yang melibatkan lafaz cerai talak tiga. Manakala di Terengganu perkahwinan Raja Bahrin dengan penyanyi jazz itu masih kekal.
Namun demikian Pas negeri mendesak Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad segera meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan juga ahli Pas ekoran tindakannya menyertai Amanah.
Malah Badan Perhubungan Pas negeri itu turut menyifatkan Ahli Parlimen Kuala Terengganu telah mengkhianati parti terutama penyokongnya yang mengundi beliau dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, Raja Kamarul Bahrin perlu melepaskan jawatannya itu berdasarkan sumpah bai’ah yang dilafazkannya sejurus selepas dicalonkan sebagai wakil rakyat Pas bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dua tahun lalu.
Jelasnya, mengikut bai’ah itu, secara automatik keahlian Raja Kamarul Bahrin dalam Pas gugur dan Pengerusi Amanah Terengganu itu sepatutnya mengembalikan semula jawatan yang disandangnya sekarang sebagai wakil rakyat Pas kepada rakyat.
“Bagi pihak Perhubungan Pas Terengganu, kami menyokong penuh pendirian Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung, Takiyuddin Hassan bahawa mereka yang menyertai parti lain kena letak jawatan dan serah semula kepada rakyat untuk buat pilihan,” katanya kepada pemberita di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kuala Terengganu di Kuala Ibai semalam.
Jumaat lalu, Raja Kamarul Bahrin secara rasmi dilantik sebagai Pengerusi Amanah Terengganu dalam majlis prapelancaran parti berkenaan di Jalan Balai Besar, Dungun dan pelantikan itu diumumkan oleh pengerusi parti tersebut, Mohamad Sabu.
Menurut Satiful Bahri, pihaknya mempunyai bukti jelas yang Raja Kamarul Bahrin telah melakukan bai’ah dengan bersumpah taat setia di hadapan Presiden Pas pada 18 April 2013 yang turut disaksikan kepemimpinan parti yang lain.
“Antara sumpah yang beliau lafaz itu adalah sedia letak jawatan sebagai ADUN atau wakil rakyat sekiranya keluar atau lompat parti lain,” jelasnya yang juga ADUN Paka.
Beliau seterusnya berharap supaya Raja Kamarul Bahrin beristiqamah dengan menyerahkan semula kuasanya sebagai ahli Parlimen kepada rakyat demi integriti dan menjaga maruah parti.
Satiful Bahri juga kesal dengan sikap dolak-dalik Raja Kamarul Bahrin yang sejak awal lagi enggan mengakui penglibatannya dalam parti baharu itu sehinggalah secara rasmi pengumuman pelantikannya pada malam prapelancaran parti berkenaan di Dungun kelmarin.
Sehubungan dengan itu Pas Terengganu perlu membawa kes Raja Kamarul Bahrin ke mahkamah. Biar mahkamah menentukan sama ada kedudukan ahli parlimen itu tergugur kedudukannya sebagai wakil rakyat atau perlu diadakan pilihanraya kecil (PRK).
Jika berlaku PRK parlimen Kuala Terengganu, mampukah Raja Bahrin mengekalkan kerusi itu di atas parti Amanah menentang calon PAS dan calon BN. Dapatkah calon BN menangguk di air keruh di saat saat PAS berpecah dengan Amanah. Adakah pengundi Kuala Terengganu berkiblatkan Haji Hadi atau Mat Sabu, Pengerusi Amanah yang kebetulan pula pernah kalah bertanding di kawasan parlimen tersebut pada PRU 2008.
Ahad, September 06, 2015
JANGAN DOUBLE STANDARD PEMBANGKANG
Tindakan Kerajaan PKR Selangor menubuhkan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) menjadikan isu paling panas di negeri itu berikutan syarikat bernilai RM2 tersebut didakwa akan menguruskan kira-kira RM30 bilion nilai aset yang kini di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor.

Azmin Ali
Sebuah portal berita baru-baru ini mendedahkan rekod terkini Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan kedua-dua saham bernilai RM1 DEIG itu didakwa dipegang oleh dua individu iaitu Ketua Pegawai Eksekutif MBI Selangor, Raja Shahreen Raja Othman dan Ketua Pegawai Operasi MBI Selangor, Soffan Affendi Aminuddin.
Menurut portal tersebut, pegangan saham itu dilihat bertentangan dengan struktur pegangan yang dipaparkan di laman web DEIG yang menunjukkan DEIG merupakan 100 peratus milik penuh MBI Selangor.
Sebelum itu, ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini beberapa ADUN termasuk daripada DAP mendesak supaya penubuhan DEIG dikaji semula memandangkan syarikat tersebut ditubuhkan melalui Akta Syarikat yang sekaligus bermakna segala aktiviti, operasi dan pengurusan kewangan serta pelaburan tidak perlu dilaporkan kepada DUN.
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali seolah-olah tidak menghiraukan keputusan DUN Selangor yang meluluskan usul agar kerajaan negeri meneliti semula penubuhan DEIG.
Sebaliknya, beliau tetap mempertahankan langkah mewujudkan syarikat tersebut dan tindakan menggunakan dua individu bagi mendaftarkan DEIG sebelum diserahkan kepada MBI Selangor.
Sambil menyatakan proses tersebut sebagai amalan biasa dalam pembentukan syarikat, beliau menjelaskan, kedua-dua individu terbabit berperanan dalam saham promoter yang dibenarkan dalam undang-undang.
“Kedua-dua individu ini adalah pemegang saham untuk membuka syarikat (DEIG),” katanya.
Mohamed Azmin memberitahu, walaupun kedua-dua individu berkenaan terlibat pada peringkat awal penubuhan syarikat itu, namun kini MBI Selangor memilikinya dengan pegangan 100 peratus sejak Julai lalu.
“DEIG masih belum lagi beroperasi dan dijangka (beroperasi) pada tahun depan. Ketika ini syarikat sedang menjalankan penelitian undang-undang untuk memperkemaskan soal tadbir urus selain menyediakan penyata kewangan kepada kerajaan negeri,” katanya.
Sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 18 Ogos lalu kecoh seketika apabila bekas Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim mempersoalkan tujuan sebenar kerajaan negeri mewujudkan satu entiti baharu bagi menguruskan pelaburan anak-anak syarikatnya iaitu Darul Ehsan Investment Group (DEIG).
Kekecohan bermula selepas Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali memberi penjelasan terhadap soalan tambahan Mohd. Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) mengenai peranan DEIG yang bertanggungjawab dalam proses penggabungan pelaburan 12 anak syarikat di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) sebelum ini bagi mengelakkan pertindihan aktiviti.
Mohamed Azmin sebelum itu ketika menjawab soalan lisan Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utama) memberitahu, DEIG ditubuhkan selepas MBI dilihat gagal mencapai nilai pelaburan mampan selain bertujuan mengurangkan risiko kepada kerajaan negeri.
Bagaimanapun, Abdul Khalid (Bebas-Pelabuhan Klang) mempertikaikan kewujudan DEIG yang didakwa ditubuhkan tanpa sebarang enakmen dan tidak mempunyai kelulusan DUN.
Abdul Khalid berkata, keadaan itu membuatkan DUN tidak dapat memantau dan mengetahui mengenai aktiviti yang dijalankan oleh DEIG yang disifatkan sebagai orang tengah.
“Adakah tatacara (penubuhan DEIG) ini dikira dengan baik? Walaupun entiti itu di bawah MBI, jika syarikat ini menandatangani perjanjian atau mengadakan usaha sama, risiko pelaburan itu tidak akan hilang dan akan kembali semula kepada MBI dan kerajaan negeri?" katanya.
Sementara itu, Abdul Khalid yang ditemui di lobi DUN berkata, penubuhan DEIG akan menyebabkan masalah urus tadbir dan ketidaktelusan dalam hal kewangan serta pelaburan kerajaan negeri kerana entiti tersebut bebas audit.
“Sebagai contoh, Menteri Besar membangkitkan soal hutang dan pembayaran Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), namun semua itu kita boleh bincang di dewan tapi bila ada sebuah syarikat bawah MBI, ia akan mengurangkan ketelusan.
“Ini disebabkan DEIG bukan ditubuhkan di bawah Enakmen MBI 1994 dan diletakkan di bawah syarikat, ia tidak dapat dibincangkan dalam dewan,” katanya.
Yang menjadi masalah sekarang, kenapa pemimpin BN tidak selongkar isu DEIG. Hanya beberapa pemimpin yang menggunakan isu ini untuk hentam pembangkang. Sepatutnya apabila pemimpin pembangkang menghentam 1MDB, pemimpin BN hentam pembangkang dengan isu DEIG. Kalau tak ada fakta, lantik think tank untuk buat research mencari bahan tentang DEIG.
Naib Presiden UMNO,Hishammuddin Hussein ketika menggesa kerajaan PKR memberi penjelasan tentang DEIG berkata, penjelasan itu perlu kerana melibatkan soal prinsip tadbir urus, akauntabiliti dan ketelusan.
Menurutnya, keraguan dan kebimbangan berhubung penubuhan DEIG timbul kerana entiti baharu itu dipertanggungjawabkan menguruskan aset Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) bernilai berbilion ringgit tetapi laporan kewangannya tidak boleh diaudit dan cara semak dan imbang ke atasnya tidak diperjelaskan kepada orang ramai.
“Hari ini giliran DEIG, sekiranya ada perkara tidak kena dan memerlukan penjelasan berhubung urus tadbir korporat, mereka perlu jelaskan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Shah Alam baru-baru ini.
Hishammuddin ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuantan pula meminta pengamal media terutama media sosial bersikap adil dalam memberikan liputan berhubung isu DEIG sama seperti mereka lakukan terhadap 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).
Menurut beliau, seperti mana mereka memberikan tumpuan terhadap isu 1MDB, perkara sama perlu dilakukan media dalam talian terhadap penubuhan DEIG di Selangor.
“Apa bezanya apa yang berlaku di Selangor sekarang ini, kini giliran mereka (kerajaan PKR Selangor) untuk menjawab. Kenapa tumpu kepada kita sahaja,” katanya.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menyelar tindakan PKR yang didakwa tidak bersikap telus berhubung Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang ditubuhkan bagi mengambil alih peranan Menteri Besar Incorporated (MBI) menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah pemerbadanan itu.
Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata pembangkang hanya tahu menuding jari menuduh kononnya kerajaan Persekutuan tidak telus dan cuba menyembunyikan perkara sebenar terutama berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sebaliknya mereka yang melakukan tindakan sedemikian.
"Nampak seolah-olah ada 'udang di sebalik batu' sebab dia (Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali) hanya buat penjelasan apabila pendedahan dibuat. Kalau pendedahan tak dibuat dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor saya tak tahu beliau akan jelaskan ataupun tidak.
"Bagi kita (isu) 1MDB kita jelas. Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kata kita boleh siasat... siapa-siapa pun boleh siasat. Kita hantar kepada Parlimen, kita hantar kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Kita telus sebab tidak ada apa-apa yang nak disembunyikan," katanya.
Tentu ada sebab kenapa wakil rakyat DAP yang menjadi tulang belakang kerajaan Pakatan Rakyat tidak bersetuju dengan penubuhan DEIG. Oleh itu ini adalah peluang terbaik bagi pemimpin Umno menghentam penubuhan DEIG.
Yang lucunya Azmin berkata DEIG belum beroperasi, tetapi kenapa DEIG sudah bayar zakat perniagaan. Yang peliknya kenapa dua pemimpin pembangkang, Rafizi Ramli dan Tony Pua yang bising tentang 1MDB membisu seribu bahasa tentang DEIG. Jangan double standard, Rafizi dan Tony Pua. Bila isu kena batang hidung sendiri, senyap membisu.
Sabtu, September 05, 2015
MALAYSIAKINI TIADA SEMANGAT PATRIOTIK?
Saya hairan macam mana portal berita utama di negara ini seperti Malaysiakini boleh menyiarkan berita menteri Singapura menghentam Malaysia? Adakah editor Malaysiakini tidak ada semangat patriotik sehingga sanggup menyiarkan berita seperti itu di saat-saat Malaysia baru sahaja menyambut hari kemerdekaan yang ke 58.
Apakah motif Malaysiakini menyiarkan berita menteri Singapura menghentam negara sendiri? Kalau hendak lariskan portal anda, masakan berita menghentam negara anda pun sanggup anda siarkan kecuali anda ada motif mahu menghancurkan negara sendiri.

Malaysiakini melaporkan Menteri Sumber Manusia Singapura Lim Swee Say mencetuskan kontroversi selepas berucap bahawa beliau berasa beruntung menjadi rakyat republik itu.
Dalam ucapan kempennya semalam, wakil Parti Tindakan Rakyat (PAM) untuk Kawasan Perwakilan Berkumpulan (GRC) Pantai Timur berkata beliau “beruntung tidak menjadi warga China atau Malaysia”.
Beliau juga mengenang kembali kedatangannya bapanya ke Singapura daripada tanah besar China.
“Kemudian bapa saya kenal emak saya, mereka berkahwin dan dapat enam anak.
“Jadi tahun ini kita sambut SG50 (ulang tahun ke-50 Singapura) dan saya fikir, jika bapa saya tidak naik bot ke Singapura, saya mungkin sekarang rakyat negara China,” tambahnya.
Lim juga percaya bahawa pemisahan Singapura dan Malaysia pada 1965 memberi keuntungan.
Jika tidak, katanya, rakyat negara itu sudah tentu sekarang sebahagian rakyat Malaysia.
“Kemudian pada 1965 Singapura dan Malaysia berpisah, kerana (perdana menteri pertama) Encik Lee Kuan Yew mahukan sebuah bangsa tidak mengira bahasa atau kaum – semuanya sama,” katanya.
Beliau juga berkata tidak boleh tinggal di Malaysia kerana ia “milik orang Melayu”.
“Jadi kita tiada pilihan, kita hanya boleh berpisah.
“Jadi saya fikir jika kita tidak berpisah pada 1965, hari ini kamu dan saya akan jadi rakyat Malaysia, heng (beruntung) ah,” katanya.
Ucapan itu dimuat naik dalam Facebook saluran 8 televisyen MediaCorp negara itu.
Pihak yang tidak selesa dengan tindakan itu menuntut beliau meminta maaf. Mengulas ucapan Lim Swee Say, teruk sangatkah Malaysia yang didakwanya negara ini milik orang Melayu.
Adakah kaum Cina di negara ini didera oleh kerajaan Malaysia? Siapa orang paling kaya di Malaysia? Adakah orang Melayu atau orang Cina? Kalau benar Malaysia adalah milik orang Melayu, kenapa kontraktor Melayu yang dapat projek tetapi subkontraktor Cina yang kaya.
Siapa yang terdera rakyat Cina di Malaysia atau rakyat Singapura yang majoritinya kaum Cina? Kononnya rakyat Singapura berdisiplin tetapi bila masuk negara ini, mereka memandu melebihi had laju.
Peraturan ketat di Singapura tidak berjaya melahirkan rakyat Singapura yang berdisiplin kerana di negara ini mereka bebas melanggar peraturan yang dikenakan di negara mereka.
Nampak sangat Lim tidak tahu keadaan sebenar yang berlaku di Malaysia kerana dia seorang yang rasis. Mujur ada kerajaan milik orang Melayu yang sanggup membenarkan rakyat Cina di negara ini buka sekolah vernakular sedangkan Singapura menghapuskan sekolah Cina.
Sehingga ini belum ada menteri Malaysia yang berani menyanggah kenyataan Menteri Sumber Manusia Singapura itu. Jika ada menteri Malaysia buat kenyataan mempertahankan Malaysia, adakah Malaysiakini sanggup memberi keutamaan kepada berita ini. Jika tidak, memang benar anda ada motif mahu menghancurkan negara sendiri.
Jumaat, September 04, 2015
NAZRI TAK PAYAH SIBUK JADI MENTERI DALAM NEGERI
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan,Nazri Abdul Aziz tak payah sibuk menjadi Menteri Dalam Negeri dengan menggesa polis supaya tidak membazirkan masa memanggil dan soal siasat Dr Mahathir Mohamad kerana menyertai himpunan BERSIH 4.
"Jangan buang masa kamu. Tiada keperluan memanggil beliau kecuali jika beliau melakukan kesalahan" kata Nazri dalam sidang medianya di Kuala Lumpur petang semalam.
MP Padang Rengas itu menggesa pihak yang menyatakan Dr Mahathir menyertai perhimpunan itu salah, sebaliknya menukarkan pandangan bahawa tokoh itu hadir bagi mempromosikan kerajaan dan menunjukkan ia satu pentadbiran yang menjaga warga emas.
Hujung minggu lalu, Dr Mahathir bersama isterinya Tun Dr Hasmah Mohamad Ali mengejutkan pelabagai pihak kerana menyertai demonstrasi BERSIH 4 yang berlangsung di Dataran Merdeka selama 34 jam.
Inilah kelemahan Umno kerana menteri bercakap tidak sehati sejiwa. Maka ada menteri yang kesal dengan tindakan Dr Mahathir dan ada pula menteri yang marahi polis menyiasat Dr Mahathir.
Sepatutnya Nazri tak perlu campur urusan kementerian lain. Jagalah kementerian anda sendiri. Biar Dr Zahid Hamidi menjawab soalan ini. Ini yang susahnya menteri lain lebih senduk dari sudu.
Sementara itu Bernama melaporkan Dr Mahathir Mohamad akan tetap dipanggil dan disiasat kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah ketika perhimpunan Bersih 4 di Dataran Merdeka di sini, hujung minggu lepas.
Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar berkata bekas perdana menteri itu akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana beliau mendakwa ada ketua UMNO bahagian menerima rasuah.
Bagaimanapun, katanya Dr Mahathir belum lagi dimaklumkan mengenai siasatan itu.
"Saya sendiri akan maklumkan kepada beliau (Tun Mahathir) untuk ambil keterangan beliau dalam tempoh terdekat ini.
"Kita akan rakam percakapan beliau dan perlu siasat kerana kita sudah menerima laporan polis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan dan Pameran berkaitan Teknologi Keselamatan Asia Tenggara (IFSEC) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini semalam.
Beliau berkata walaupun Dr Mahathir akan dipanggil untuk siasatan namun status beliau sebagai seorang negarawan akan tetap dihormati dengan menjalankan soal siasat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) siasatan.
Dua hari lalu, Khalid berkata polis akan memanggil Dr Mahathir untuk diambil keterangan berhubung kenyataan yang dibuat di perhimpunan Bersih 4 itu.

Khamis, September 03, 2015
TUJUH ORANG CINA BUTA DIPERLUKAN SEGERA
Sesiapa yang menganggur di Kelantan sekarang boleh memohon jawatan cina buta kerana perkahwinan tujuh bekas pemimpin PAS disahkan terbubar akibat lafaz baiah dengan PAS.
Ketua Hakim Syarie Kelantan, Daud Muhammad mengesahkan perkahwinan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Ramli dengan isterinya gugur talak tiga kerana melanggar taklik yang pernah dilafazkan dalam bai’ah Pas negeri itu.

Pada masa sama, beliau berkata, perkahwinan itu tidak boleh dirujuk semula melainkan isteri kepada wakil rakyat tersebut berkahwin dengan mana-mana individu dan bercerai.
“Kalau tengok kandungan dalam bai’ah Kelantan, sah jatuh talak tiga (perkahwinan Mohd. Hatta). Kedua-dua pasangan itu juga tidak boleh lagi tinggal bersama kerana bukan lagi suami isteri.
“Bagi membolehkan pasangan itu rujuk, bekas isteri kepada wakil rakyat tersebut perlu berkahwin dengan sesiapa, bercerai dan baharulah boleh berkahwin semula dengan Mohd. Hatta,” katanya.
Semalam Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan sebanyak 22 bekas pemimpinnya termasuk tujuh wakil rakyat bukan lagi ahli parti itu sebaik sahaja mereka dilaporkan berada dalam barisan kepemimpinan Parti Pekerja.
Mohd. Hatta yang pernah melafazkan bai’ah cerai talak tiga merupakan satu-satunya wakil rakyat negeri ini yang terlibat dalam senarai itu.
Dalam bai’ah tersebut, setiap wakil rakyat Pas di negeri ini yang mengambil keputusan keluar parti tanpa meletakkan jawatan, secara automatik telah menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga.
Perkara itu terkandung dalam lafaz bai’ah atau sumpah taat setia yang dibuat setiap wakil rakyat Pas di negeri ini sejak 2004.
Pada masa sama, Mufti Kelantan, Mohamad Shukri Mohamad turut menasihatkan mana-mana wakil rakyat yang melanggar ba’iah tersebut supaya merujuk status perkahwinan di Mahkamah Syariah berikutan terdapat bai’ah cerai talak tiga yang dilafazkan mereka sebelum ini.
Sementara itu, Daud berkata, setakat ini Mohd. Hatta masih belum mendaftar mengenai status perkahwinan tersebut di Mahkamah Syariah.
“Mohd. Hatta masih belum datang merujuk mengenai status perkahwinannya di mahkamah,” katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Mursyidul Am Pas, Ahmad Yakob yang juga Menteri Besar menyeru kepada Mohd. Hatta supaya segera merujuk kepada Mahkamah Syariah mengenai status perkahwinannya.
Katanya, bekas Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat itu dengan jelas telah melanggar bai’ah yang pernah dilafazkannya dengan menyertai parti lain tanpa meletak jawatan sebagai wakil rakyat.
“Kita telah membuat keputusan dan menghantar surat berserta lampiran bai'ah yang pernah dilafazkannya kepada Mohd. Hatta.
“Dari segi hukum, lafaz taklik talak tiga telah terjatuh dan itu pandangan yang diberikan Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan,” katanya.
Namun demikian Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Ramli menafikan dakwaan banyak pihak termasuk daripada Menteri Besar, Ahmad Yakob bahawa perkahwinannya terbubar dengan talak tiga kerana melanggar bai’ah yang pernah dilafazkannya sebelum menjadi calon Pas pada pilihan raya umum yang lalu.

Mohd. Hatta
Memetik laporan sebuah portal propembangkang di sini hari ini, Mohd. Hatta berkata, dakwaan tersebut tidak betul sama sekali, bagaimanapun beliau enggan memberi penjelasan lanjut.
“Tak betul semua tu. Dah banyak penulisan orang mengenai perkara itu (bai’ah). Biarlah, saya tak nak komen apa-apa,” katanya.
Pada masa sama, bekas Pengarah Pilihan Raya Pas itu menempelak Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am Pas kerana mencampuri urusan keluarganya.
“Terima kasih dekat dia (Ahmad) kerana mengaturkan hidup saya. Tak ada apa pun. Biarlah. Dia tak ada urusan dengan keluarga saya,” katanya.
Nampak sangat pemimpin PAS main-main dalam soal baiah ini. Kalau dah ikrar seperti itu, memang secara automatik perkahwinan mereka terbubar.
Justru itu jika Mohd Hatta mahu menikahi semula bininya maka beliau kena upah orang harapannya untuk menjadi cina buta. Kalau orang itu tidak mahu ceraikan janda Mohd Hatta, maka melepaslah Mohd Hatta. jadi orang harapannya itu kena ceraikan janda Dr Mohd Hatta selepas meniduri jandanya itu. Siapa yang mahu jadi cina buta, hubungi segera Dr Mohd Hatta.
JANGAN PILIH KASIH, NAJIB
Bangganya kita melihat PM, Najib Razak turun padang untuk melihat sendiri permasalahan yang dihadapi penduduk di Perumahan Awam Seri Labuan, Bandar Tun Razak, di Kuala Lumpur semalam.
Menurut perdana menteri, tinjauan terhadap keadaan persekitaran di kawasan perumahan awam itu dibuat setelah pihaknya menerima laporan mengenai beberapa isu di kawasan itu.
"Setelah meninjau keadaan sekeliling dan masalah yang dihadapi, saya mahu beberapa perkara dilaksanakan," katanya dalam catatan terbaru di blognya, NajibRazak.com.
Menurut Najib, beliau mengarahkan kelengkapan awam di Madrasah Al-Aula seperti pendingin hawa, kipas siling serta sistem paip dan saliran diganti atau diperbaiki dengan kadar segera.
Beberapa unit pendingin hawa di Madrasah Al-Aula juga akan ditambah untuk keselesaan jemaah, katanya.
"Lantai gelanggang futsal serta jaring di keliling gelanggang dan tiang gol diperbaiki atau diganti, mengecat kembali Sekolah Rendah Agama Al-Farabi manakala perabot seperti kerusi dan meja pelajar di Sekolah Rendah Agama Al-Farabi diganti baharu selain pendingin hawa dipasang.
"Insya-Allah, semua ini akan membolehkan penduduk dan anak-anak kecil di Perumahan Awam Seri Labuan, Bandar Tun Razak hidup dalam keadaan lebih selesa," tambah beliau.
Kalau benar PM berjiwa rakyat, kita harap selepas ini Najib tidak pilih kasih kerana perumahan yang dilawati itu adalah terletak dalam cawangan Umno yang diketuai rakan karibnya sendiri, Zaharin Mohd Yasin. Sepatutnya beliau turun padang ke kawasan yang beliau tidak kenal siapa ketua cawangan Umno di situ. Baru ahli Umno tabik kepada Najib kerana presiden Umno turun padang secara mengejut tanpa memberitahu pegawai DBKL.
Najib sepatutnya mencontohi Saidina Umar Alkhatab yang meninjau keadaan rakyat di waktu malam tanpa membawa pegawainya dan rakyat sendiri tidak tahu bahawa yang memikul gandum itu adalah seorang khalifah sendiri.
Siapa yang tidak kenal dengan Zaharin bekas Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak itu. Selepas bermasalah dengan ketua bahagian, Zaharin menjadi setiausaha kerja BN Bandar Tun Razak pula.

BN Bandar Tun Razak merupakan pejabat parlimen BN yang paing hebat di Malaysia kerana memiliki bangunan sendiri. Itu kerana inisiatif Zaharin yang menjadi Setiausaha Kerja BN yang mencari dana daripada PM selaku Pengerusi BN Malaysia.
Orang tak hairan kalau pejabat BN Bandar Tun Razak dapat hidup kerana keakraban Najib dengan Zaharin. Najib yang membantu dana pejabat tersebut. Mereka berkawan sejak Najib menjadi Exco Pemuda Umno Malaysia pada tahun 1978 lagi. Walaupun Zaharin bukan Exco pemuda Umno Malaysia tetapi beliau adalah ahli jawatankuasa biro buruh dan antarabangsa pemuda Umno Malaysia.
Sebut nama Zaharin, ketua bahagian mana yang tidak kenal Zaharin. Semua ahli parlimen kenal Zaharin. Semua menteri kenal zaharin. kalau orang politik itu tidak kenal Zaharin, itu bermakna orang politik itu masih berhingus dalam politik.
Surat sokongan Zaharin kepada Datuk Bandar memang laku. kalau rakyat nak minta rumah flet DBKL dengan Datuk Bandar, surat sokongannya laku asalkan pemohon itu adalah pengundi dalam parlimen bandar Tun razak. Zaharin tolong semua orang tidak kira orang itu orang melayu, cina atau India.
Sepatutnya sudah lama beliau dilantik senator mewakili Wilayah persekutuan. Beliau bekerja untuk rakyat dan tidak ada kepentingan peribadi. kalau beliau mahu kaya, sudah lama beliau jadi jutawan kerana semua menteri adalah kawan beliau. tetapi beliau selalu beritahu saya, "Zabidi, umur aku dah 63 tahun tapi aku tak ada penyakit kronik kerana aku tidak makan rasuah, tidak curi hak orang".
Itulah kelebihan Zaharin orang yang berani memaki menteri secara terbuka dan juga melalui Facebooknya. Beliau sudah biasa dipukul. Sebagai pejuang rakyat beliau tidak gentar dipukul kerana beliau tahu perjuangannya demi bangsa, agama dan negara tanpa memikirkan kepentingan peribadinya.
Rabu, September 02, 2015
SELEPAS ANINA, PECATLAH MAHATHIR
Semalam ahli wanita Umno Langkawi, Anina Saaduddin yang mengatakan Presiden Umno, Najib Razak kuat kencingkan ahli Umno dipecat dari parti kerana menyaman Najib ke mahkamah atas isu derma RM2.6 billion.
Dalam surat pemecatan yang sedang viral di media sosial semalam, beliau dipecat daripada parti mengikut Fasal 20.7 Perlembagaan Umno kerana membawa hal parti ke mahkamah.
.Surat yang dihantar ke Bahagian Umno Langkawi itu ditandatangani setiausaha agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor..
Anina pada Jumaat lepas memfailkan saman terhadap Najib meminta beliau bertanggungjawab atas kronologi peristiwa yang melibatkan aliran wang RM2.6 bilion yang berakhir dalam akaun bank peribadi perdana menteri itu.
Terdahulu, Anina pada mesyuarat agung tahunan bahagian Langkawi dalam sebuah video yang tersebar melepaskan kemarahannya terhadap Najib, menggunakan perkataan kesat, mendakwa perdana menteri itu berbohong dengan mengakui semua 3 juta ahli Umno menyokong beliau.
Selepas Anina, Umno patut memecat bekas presidennya pula, Dr Mahathir Mohamad yang menyertai perhimpunan haram Bersih 4 Sabtu dan Ahad lepas.
Yang peliknya di zaman beliau jadi PM, rakyat tidak boleh berhimpun secara haram tetapi di zaman najib, beliau yang pernah jadi Menteri Dalam Negeri kata boleh pulak.
Satu lagi asas yang kukuh bagi Umno memecat Dr Mahathir ialah beliau menyokong usaha pembangkang untuk mengadakan undi tidak percaya kepada Najib di parlimen.
Dr Mahathir Mohamad semalam memohon ahli Parlimen Umno dan komponen Barisan Nasional (BN) lain untuk menyokong undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri.
Menulis di blog popularnya, bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu sekali lagi mengingatkan wakil rakyat BN yang sekiranya usul undi tersebut berjaya dan Najib disingkirkan, ia tidak bermakna kerajaan BN turut digulingkan.
"BN tidak akan jatuh setelah Najib disingkir. BN masih parti majoriti," katanya.
Dr Mahathir berkata selagi Najib berkuasa, selagi itulah negara akan terus dilanda masalah.
Katanya, ekonomi akan terus merosot, nilai ringgit dan saham jatuh, kos sara hidup meningkat akibat cukai barangan dan perkhidmatan (GST), hutang negara bertimbun dan tidak dapat dibayar, pengangguran bertambah serta berbilion duit rakyat disalahgunakan.
"Inilah nasib yang menunggu Malaysia kerana Najib," beliau memberi amaran.
Dr Mahathir menulis selepas membuat kemunculan sebanyak 2 kali di perhimpunan Bersih 4, iaitu pada Sabtu dan Ahad lalu.
Beliau pada Ahad mengakui mendengar khabar yang beberapa ahli Parlimen Umno sedang merancang membentangkan usul undi tidak percaya terhadap Najib di Dewan Rakyat, bagaimanapun beliau tidak tahu identiti mereka.
Katanya, Najib tidak akan meletak jawatan. Oleh itu, justeru ahli Parlimen Umno harus menyokong undi tidak percaya itu supaya Najib dapat diturunkan.
"Ahli Parlimen Umno yang setia kepada parti perlu sokong undi tidak percaya. Lepas itu kerajaan Najib akan jatuh," tulisnya.
Ini bukti yang kukuh untuk memecat Dr Mahathir dari Umno. Tunggu apa lagi Najib. Ini adalah peluang terbaik bagi Umno menyingkirkan pengkhianat parti seperti Dr Mahathir.
Selasa, September 01, 2015
BANGANGNYA KETUA MENTERI MELAKA
Dalam suasana bekas presiden umno, dr mahathir mohamad memalukan umno dengan menyertai perhimpunan haram bersih 4, ketua menteri melaka, idris haron berkata sebarang tindakan kepada bekas pm itu akan mengeruhkan suasana.
Nampak sangat idris haron ini bangang. Sepatutnya beliau mempertahankan umno dan kesal dengan tindakan dr mahathir itu. Sebaliknya kenyataan ahli majlis tertinggi umno itu seolah olah merestui tindakan dr mahathir.
Baru baru ini beliau merasmikan persidangan perwakilan umno bahagian wangsa maju dan majoriti perwakilan tertidur ketika beliau berucap kerana tidak pandai meyakinkan rakyat menjawab isu isu semasa. Kalau idris gagal menjelaskan isu semasa macam mana rakyat hendak faham isu isu 1mdb dan sebagainya.
Sebagai pemimpin umno sepatutnya beliau sehati sejiwa dengan presiden umno. Sungguh malang orang melaka berketuamenterikan idris haron.
Di melaka beliau gagal menawan hati rakyat seperti yang dibuat bekas ketua menteri, ali rustam. Di zaman ali jam 3 pagi rakyat dapat jumpa ketua menteri di kediaman rasmi sebaliknya di zaman idris sudah jadi ketua menteri jam 8 hingga 5 petang.
Sungguh malang rakyat melaka sekarang. Kalau pm masih simpan orang seperti idris, saya tak tahu apa yang berlaku kepada umno melaka. Tak sangka ada juga ketua menteri yang pro dr mahathir.

Isnin, Ogos 31, 2015
RESOLUSI PERTAHAN UMNO DI JANDA BAIK
Inisiatif penulis buku terkenal, Syed Husin Alattas atau Pak Habib mengumpulkan penulis buku politik di kediamannya di Janda Baik, Pahang wajar diberi pujian. Oleh kerana perhimpunan Bersih 4 sedang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur maka ramai penulis buku politik yang tidak dapat hadir.
Sayuti Omar yang juga setiausaha Kelab Penulis Buku Politik dan Shahbuddin Husin pengkritik tegar Najib Razak tidak hadir kerana menghadiri perhimpunan Bersih 4. Mujur mereka berdua tidak datang kerana jika mereka datang, sudah tentu mereka tidak setuju dengan resolusi yang dicapai di Janda Baik petang ini mempertahankan Umno demi kepentingan bangsa Melayu.
Kata Pak Habib, penulis perlu mempertahankan Umno setelah melihat majoriti bukan Melayu yang menghadiri perhimpunan Bersih 4 mahu menumbangkan kerajaan Melayu. Umno bukannya lahir di istana Johor tetapi lahir di kampungnya di Wadi Hana, Johor Baru dan diangkat ke istana menjadikan Umno sebagai wadah yang banyak berjasa kepada orang Melayu.
Menurut Pak habib yang sudah menghasilkan 67 buah buku, majlis itu juga mengumpulkan blogger muda dan berharap mereka dapat menghasilkan buku. Seorang blogger terkenal Azmi Ibrahim berhasrat untuk menghasilkan buku juga selepas ini.
Dorongan yang diberikan oleh Pak Habib membuatkan Azmi bercadang mengikut jejak langkah Pak Habib. Selain Pak Habib, yang pernah menulis buku politik yang hadir petang tadi ialah Musli Oli dan saya sendiri.
Musli telah menulis 14 buah buku mengakui pernah jadi stringer akhbar Watan ketika saya bertugas sebagai wakil akhbar Watan di Sabah dari tahun 1989-1991. beliau merupakan seorang penulis buku politik yang berjaya dari Sabah.
Manakala saya telah menulis 10 buah buku iaitu Sempatkah Ghafar Jadi PM (1992), Dilema Yusof Noor (1993), Wan Mokhtar: Pemimpin Empat Zaman (1994), Hulu Terengganu Menuju Keemasan (1996), Antara Najib, Muhammad dan Muhyiddin: Pak Lah Pilih Siapa (2003), Kenapa Pak Lah Pilih Najib (2004), Sentuhan Pak Lah (2004), Politik Wang:Isa Jadi Mangsa (2005), Toyol Untuk Disewa (2014) dan Era Transformasi Kg Ayer Molek (2014).
Setelah berhenti dari Free Malaysia Today (FMT) pada Julai 2014, saya menumpukan sepenuh masa menulis isu semasa dalam blog saya www.catatanzabidi.blogspot.com yang saya update posting setiap hari. Sebagai blogger politik, pembaca saya tidak ramai sekitar 500 orang setiap hari. Blog saya tidak sepopular blog Shahbudin Husin yang merupakan wartawan saya ketika di akhbar Watan dahulu.
Saya berkongsi pengalaman dengan blogger muda yang hadir di majlis itu bahawa saya pernah dimaki oleh Ketua Pemuda Umno Marang, Rahman Bakar yang marahi saya menulis buku Dilema Yusof Noor. Selepas itu kami jadi kawan baik. Dr Yusof Noor yang saya temui di majlis open house Ibrahim Ali baru-baru ini masih ingat dengan buku tersebut.
Ada yang mahu menjadi calon BN dalam PRU 2004 membawa ke sana sini buku saya yang menyebut namanya sebagai calon parlimen. Sampai naik loyeng buku itu dalam poket seluarnya. Pendek kata sebagai penulis buku politik, saya menjadi tempat rujukan bakal calon. Ketika bertugas sebagai editor akhbar Warta Parlimen Kepala Batas (yang mana PM, Pak Lah adalah penaungnya) dua pupu saya, arwah Othman Awang setiap hari call saya, tanya lekat tak namanya sebagai calon BN Wakaf Mempelam pada PRU 2008. Seronoknya beliau bila parti memilihnya sebagai calon.
Ketika saya menjadi editor Bahasa Melayu di FMT, saya dicari oleh orang Ahmad Said kerana banyak tulisan saya dalam FMT menyebabkan Ahmad Said jatuh dari jawatan MB Terengganu. Saya tidak berani balik kampung kerana orang Ahmad Said mahu memukul saya.Itulah pengalaman pahit manis sebagai wartawan, penulis buku politik dan blogger politik.
Pak Habib merupakan idola saya. Ketika saya berhenti bekerja sebagai penolong pengarah FELCRA pada tahun 1986, saya menjual bukunya MUSA DERHAKA. Ketika saya turun dari tangga pejabat Pak Habib di Jalan Medan Tuanku ketika itu, Shahidan Kasim yang bekerja sebagai PTD di Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah naik tangga untuk menemui Pak habib. Saya rapat dengan Shahidan ketika itu kerana sering terlibat sebagai urusetia kursus yang dijalankan oleh kementerian yang beliau kendalikannya. Pada tahun 1986, beliau dipilih menjadi calon parlimen BN di Arau, Perlis.
Selepas berhenti bekerja dengan FELCRA, terpengaruh dengan buku Pak Habib, saya tanam semangat untuk menulis buku politik juga dan saya berazam mahu jadi terkenal seperti Pak Habib. Tapi saya bukan penulis yang hebat seperti Pak habib, Pengalaman menerbitkan buku sendiri amat menyeksakan. Hantar buku ke kedai mamak, tiga bulan kemudian bila nak kutip duit buku, kedai sudah ditutup kerana taukehnya sudah balik ke India ketika menjual buku Politik Wang: Isa Jadi Mangsa? di Teluk Kemang.
Saya terharu dengan sikap Pak habib yang sanggup datang dari Kuala Lumpur ke Kerteh melancarkan buku saya Antara Najib, Muhammad dan Muhyiddin: Pak Lah Pilih Siapa? pada tahun 2002 di sebuah hotel di Kerteh, Kemaman. beliau tidak mahu menerima duit minyak saya beri. Saya kagum dengan cara beliau menonjolkan penulis baharu seperti saya.
Seperti kata saya tadi, pengalaman menerbitkan buku sendiri amat menyeksakan. Sebab itu saya tidak menulis buku selama sembilan tahun. Tahun lepas saya muncul dengan buku Toyol Untuk Disewa. Buku ini amat laku di pasaran kerana rupanya orang melayu lebih suka baca buku misteri daripada buku politik. Melihat kehebatan Pak habib menulis 67 buah buku, saya rasa tahun ini akan kembali menulis buku politik sementara menunggu siapnya autobiografi saya DARI WARTAWAN KE JUTAWAN pada tahun hadapan.
Seperti kata Pak habib, bukan senang mahu menjadi penulis buku. Bila saya mati sekurang-kurangnya ada tercatat dalam sejarah bahawa saya pernah menulis 10 buah buku dalam hidup saya. Malah buku saya Wan Mokhtar: Pemimpin Empat Zaman dijadikan bahan rujukan pelajar UKM membuat latihan ilmiah.
Pak habib, Sayuti Omar, Musli Oli, Shahbudin Husin dan saya semakin tua, maka generasi muda yang hadiri majlis pak habib di Janda baik petang tadi yang wajar meneruskan perjuangan menulis buku-buku politik di masa akan datang. Mereka adalah blogger politik. Mulakan dengan langkah pertama membukukan tulisan-tulisan dalam blog sendiri.Langkah ini pun dibuat oleh Dr Mahathir Mohamad dan Kadir jasin.Maka kalian, blogger muda, wajar menerima cabaran Pak habib untuk menulis buku sekurang-kurang sebuah pada tahun ini.

Langgan:
Catatan (Atom)